28 September 2009

Raya- Catatan 3

Penjaga makam Sheikh Ibrahim telah memberi tazkirah..berkaitan dengan ibu.. “Ayah, ibu, ibu dan ibu…” Kenapa ayah hanya disebut sekali, ibu disebut 3 kali?? Ini adalah kerana tempat seorang ibu amatlah tinggi. Kita diwajibkan melebihkan seorang ibu. Tidak ada istilah ibu tiri, ibu mertua dan ibu kandung. Ibu adalah ibu….Syurga di bawah tapak kaki ibu….(Luke pernah mencari syurga di kaki Cik Lah…hehhehehe)
Sebenarnya dulu sebelum kahwin, Cik Lah dan Tok selalu juga bertekak…ye lah..duduk kat KL; sewa rumah tengah Bandar KL. Ibu mana tak risau.. Semasa di UK, pengalaman mengandung dan bersalin kali pertama amat bermakna dan memberi kesedaran. Sebelum bersalin, Dato’ Haron Din berpesan supaya Cik Lah minta maaf dari Tok. Insyaallah akan mudah bersalin…tapi mungkin sebab banyak buat salah pada Tok..susah juga Cik Lah bersalin walaupun Tok cakap dia maafkan segala kesalahan Cik Lah.
Bila pulang dari UK, Cik Lah rasa hubungan Cik Lah dengan Tok makin baik. Dan bila bersalinkan Hannah..amat mudah sekali..mungkin Tok dah redha ngan Cik Lah..dan mungkin Cik Lah dah banyak menyenangkan hati Tok…Sememangnya Cik Lah akan sentiasa cuba untuk menyenangkan hati Tok dan Tok Wan. Kalau diizinkan; memang Cik Lah nak menjaga mereka. Masalahnya Cik Lah di KL, Tok di Kedah. Macam mana nak jaga???
Jadi dari kejauhan kita sebagai anak hendaklah sentiasa telefon ibu; tanya khabar…Itupun dah cukup menggembirakan hati mereka. Macam Tok Wan cakap; bukan wang ringgit yang dia minta…Kalau ada kelapangan pulang melawat. Seingat Cik Lah; Cik Lah tidak pulang beraya hanya pada tahun 2007 sebab sarat mengandungkan Hannah. (Tidak kira tahun di UK). Tahun 2007 Cik Lah beraya di Segamat dan tahun 2008 beraya di Kedah. Tahun-tahun sebelumnya beraya di Kedah dan Segamat. Walaupun jauh dan penat kitarang akan cuba beraya di kedua2 belah…inysaallah. Cuba menggembirakan kedua-dua pihak…
Pada anak-anak Cik Lah dan anak-anak buah Cik Lah dan Cik Sham…sayangilah ibu. Jangan dilukai hati ibu…nescaya tidak berkat hidup kita. Walaupun mungkin ibu terkadang berkeras; tidak sporting ataupun garang; percayalah semua tu ada sebabnya. Mungkin terkadang terdetik di hati kita; kenapa ibu kita tak macam ibu orang lain; dan mungkin juga orang lain mengimpikan ibu macam ibu kita…Sebenarnya apa yang ibu buat adalah untuk kebaikan anak-anaknya. Cik Lah dulu pernah mengeluh kenapa Tok garang dan tak sporting…tapi sekarang Cik Lah amat bersyukur…kerana Tok garanglah Cik Lah adalah Cik Lah sekarang.. Kerana Tok Bah garang dan Tok Mak understanding…anak-anak Tok Bah berjaya..

Tiada ulasan: