21 Oktober 2009

Lost Temper - peristiwa pertama

Ada 3 perkara buat Cik Lah 'lost temper' minggu ni....
Peristiwa pertama...
Pergi bank..dekat info kaunter, Cik Lah tanya prosedure yang patut dibuat untuk ganti kad ATM yang dah patah. Cik Lah dikehendaki isi borang, selepas isi borang dan diperiksa oleh mamat kat kaunter tu; dia arahkan Cik Lah pergi ke kaunter lain untuk pengesahan kad pengenalan dan buku akaun.
Selepas semua selesai, borang Cik Lah diperiksa semula, dan kemudian diarahkan menunggu sehingga nama di panggil..tunggu punya tunggu..selepas hampir sejam barulah nama Cik Lah dipanggil.
Dengan gembira (dihati) dan muka keletihan menunggu Cik Lah pun pergi ke kaunter. Cik Lah duduk dan menunggu pegawai bank tu membelek borang yang dah 2x diperiksa tu...
"Cik, borang ni tak lengkap. Cik perluka tandangan penama akaun yang lagi sorang. Dia ada kat sini tak?" dengan muka manis nya bank officer tuberkata ".... "HAAAA! APA? DAH 2 KALI BORANG NI DIPAST KE SANA KE SINI..DAH DICHECK..DAH TUNGGU HAMPIR SEJAM...BARU CAKAP TAK BOLEH DIPROSES!!!! APASAL MASA AWAL2 TADI TAK CAKAP? APASAL MASA KAT INFO KAUNTER TADI TAK DIBAGITAU...." Maka tak pasal-pasal pegawai bank tu kena hambur...kena tembak macam machine gun....pengpengpeng...
Apa yang buat Cik Lah marah...
1) Masa di info kaunter, sebelum ambil form, buku bank disemak dah Cik Lah dah bagitau itu akaun bersama (joint account ngan Cik Sham)....sepatutnya masa itu dah diberitahu yang Cik Sham patut sain form tu.

2) Selepas ambil form dan isi form, di kaunter ke dua, form, buku akaun dan kad pengenalan telah disemak..masa ni juga sepatutnya diberitahu form tak lengkap bukan hanya selepas 50minit menunggu!!

3) Semasa menunggu, ada yang telah dilayan dahulu sedangkan datang kemudian. Cik Lah peratikan yang dilayan istimewa itu berpakaian kemas/pejabat. Hanya Cik Lah dan seorang lagi mamat yang datang awal sebelum Cik Lah kena tunggu lama. Cik Lah memang agak selekeh hari tu, cuma pakai seluar jeans dan t-shirt lusuh, tapi mereka takda hak layan pelanggan berlandaskan pakaian. Mamat sorang tu lagi la selekeh...macam kerja kat pasar borong.
Pantang Cik Lah bila orang pandang sebelah mata hanya seseorang itu pakai baju brand pasar malam or selekeh. Apa hak kita untuk menilai orang lain??? Pada Cik Lah 'biar selekeh asalkan kaya...' bukan 'biar papa asalkan bergaya'. Ex-boss Cik Lah dulu pernah mengalami peristiwa yang sama (masa itu tahun 80an)..dia pergi bank dengan berkarung duit untuk buka akaun, tapi tak dilayan hanya sebab dia pakai selipar jepun, seluar pendek dan t-shirt dan broken english (contractor lah katakan)..Cik Lah menangis bila dia ceritakan betapa susahnya dia berurusan dengan bank disebabkan sikap double standard yang masih diamalkan hingga sekarang..dan Cik Lah selalu juga mengalami perkara yang sama.

- Buat anak-anak buah Cik Lah; jika kerjaya kita mengkehendaki kita berurusan dengan orang ramai; jangan sesekali mengamalkan sikap double standard. Jangan cepat menilai seseorang itu hanya dari rupa paras ataupun pakaian. Cuba fahami keadaan orang yang menunggu dengan sabar perkhidmatan kita...ingat kerjaya kita adalah salah satu amalan kita yang ALLAH akan timbang kelak...

Tiada ulasan: