22 Januari 2011

Boring....


Hari Sabtu...tak keluar. Eh keluar..jap je; gi amik anak buah kat BMI, pastu gi Curtain Craft then amik Luke kat sekolah. Balik rumah PA dah masak..menu tak ngam rasa cam tak puas makan walaupun 2 pinggan. Heheheheh...so malam ni plan nak makan kat luar (alasan yang direka). Kat mana ya? Anak-anak suka makan Western Food, hubby nak makan nasi lemak and Cik Lah nak makan Kungfu mee hoon. Hmmm..lum decide lagi nih. Silap-silap makan maggi ja sal Cik Sham demam...

Tadi Cik Lah saja google and jengok2 beberapa blog. Enjoy baca blog diarang. Macam2 ada...kalau diarang singgah jenguk blog Cik Lah sure ketawa guling2.... Cam hampeh..Cik Lah still dok belajaq lagi nih. Hari2 ade je info/step yang Cik Lah discover. Kekadang PA Cik Lah ingatkan Cik Lah sibuk buat drawings...heheheh.

Masa Cik Lah belajar dulu mana ada komputer dan Cik Lah tak pernah attend mana-mana class komputer. Semua Cik Lah belajar sendiri..macam Auto Cad/photoshop/excel/Illustrator tu semua Cik Lah godek sendiri. Masa Cik Lah full time kerja dulu; boss pun ingatkan Cik Lah amik course komputer. Mana ada...semua self learner. Excited oooo...bila dapat godek apa-apa macam satu achivement..kepuasan yang tak terhingga.

Minggu depan Cik Lah busy. Cik Lah buka gerai kat UPM, gerai makan/minum dan gerai pakaian muslimah. Untuk 2 hari ja, hari senin dan selasa. Ni first time ooo. Doakan gerai Cik Lah laku..so pastu boleh la cari tapak- buka kedai Cik Lah Corner. Insyaallah...mudah-mudahan termakbul doa Cik Lah.

P/s - thanks to CiK Sham- sabar ja melayan angan-angan Cik Lah...

20 Januari 2011

Art and Recycle - Part 3

A - Decorative items


Laci (drawer) lama boleh dijadikan tempat sangkut manik koran/jewelery. Cuma kena tambah divider dan hook between divider tu. Pastu pasang hook kat belakang dan boleh gantung kat dinding. Kreatif dan cantik. Ni untuk yang ada banyak manik koran la..yang takleh gadainye. Jangan la dok pi gantung gelang/rantai/subang emas pula- tu menempah maut namanya...




Tin susu cap teko/junjung dan apa2 tin yang setaraf dengannya. Boleh dijadikan tempat untuk letak stensil/utensil ataupun tempat letak letter/magazines.


Butang baju dijadikan tirai. Cik Lah dulu gulung kertas warni-warni ja..pastu gam, ikat dan gantung ja..


Blender yang rosak jangan dibuang- boleh buat tempat bela ikan laga - 'anak karin'. Make sure cuci bersih dulu- janganlah ada perisa cili or kunyit..lemas kang ikan tu nanti.

B - Jewelery


T-shirt lama digunting dan disambungkan. Boleh juga diletakkan manik..


Cuba teka...apakah ini?? Haaa..ni penutup tin miniman..disambungkan dengan riben/kain..


Ni pula zip- sambung dan jadikan rantai..



Kertas digulung..boleh diwarnakan ataupun just dipotong dan disambungkan...

14 Januari 2011

Art and Recycle - Part 2

Entry berkaitan bahan-bahan buangan/terpakai yang kita boleh kitar semula untuk diguna pakai di laman/taman. Hmmm...bunyi ayat skima ja...


Kerusi dijadikan tempat/pasu bunga?? Kreatif ni...kalau tanam ulam pegaga cantik nih. Pegaga Chair


Hopefully takde lah yang bawa balik trolley dari Giant or Carrefour..... Sesuai untuk tanam sayur sawi, kobis ataupun daun kesum. Errr...daun ketum pun ok gak. Senang nak bawa lari bila ada raid...hehehehhe


Kepada kaum ibu; anda dibenarkan menggunakan bola anak andaikata anak main bola dalam rumah ataupun dah 'menghelop' (hujung2 waktu senja) baru anak balik dari main bola. Tunjukkan ketidakpuasan hati anda dengan membelah bola dan dijadikan pasu bunga gantung.


Jangan dikopak rain gutter..kang mengamuklah para suami...rumah bocor bila hujan. (Fika- kita apply kat rumah fika nnt nak?)


Huh..boleh recycle juga rupanya no. 'Pasu' bunga ni sure mahal...mb ada yg brand Triumph, Victoria Secret...ada lace lagi you. Amat sesuai untuk tanam pokok bunga sahaja....

Art and Recycle - Part 1

Hari ni Cik Lah nak kongsi a few idea for recycle item bebarang yang kita dah tak nak pakai. Semalam Cik Lah boring..Cik Lah goggle kat internet..so dapatlah benda2 nih. Sure korang leh buat..and mb who knows boleh jual kat kekawan korang. Part 1 used floppy disc and kaset.

A - Floopy Disc


1 - Divider for notes/memo.


2 - Jadikan box - boleh letak stencil and small plant


3 - Cover note book dan juga memo/note holder


4 - Ini yang paling Cik Lah suka - Pendant Light!


5 - Dalam Handbag ada Mirror!


6 -Feature Wall - boleh proposed kat either Kid Center or Nursery. Kat rumah pun boleh juga (Fika - kita boleh cuba kat bilik bawah nnt - Encik Hassan playroom.)

B - Kaset


1 - Box with cover


2 - Divider/Cd Holder (Haaa..Emy and Fika - apalagi..kat rumah kaset2 lama Papa korang- collection Herman Tino, Emilia Contessa, Black Dog Bone..kan banyak..boleh la buat project recycle ni...)

Kreatif kan? Macam-macam ada..tapi Cik Lah upload yang ni je lah dulu. Part 2 pula berkenaan garden/plants. Selamat mencuba.....

07 Januari 2011

One day trip to Janda Baik

Patutnya Cik Lah tulis pasal Janda Baik ni sebelum post "Suppose to be 1 day trip". Yang ni memang betul-betul 1 day trip..pergi pukul 10 balik dalam pukul 1 lebih. Saja ja pi jalan-jalan kat situ..survey apa yang patut. Cik Lah just nak upload gambar ja. Tak de idea nak cerita panjang-panjang. Enjoice the scenery....

Jeram berdekatan Hawa Resort

Luqman on top of the world

Flora dan Fauna di Hawa Resort

Singgah makan di warung tepi jalan..sedap karipap dan tepung bungkus.

Gambar seterusnya Cik Lah ambil di D'Ark Resort. Sebuah bungalow besar yang diperbuat dari kayu dijadikan reception area dan juga bilik-bilik untuk disewa. Nice architecture dan peaceful environment. (Mak oiii..kalau Cik gu Azizah Kasa tengok blog ni sure dia sedih..bahasa Malaysia bercampur aduk. Sorry Cik gu..)


Ada banyak lagi gambar-gambar yang cantik...tapi jenuh la kalau nak upload semua. Sesiap yang nak tengok meh sini...hehhehe..

Green Buildings in China: URBN Hotel - P1

Hari ini Cik Lah nak share pasal design idea and concept of URBN Hotel, Shanghai. First carbon-neutral hotel dan used recycled and reclaim local material throughout his construction.

Unik backdrop - beg lama. Cik Lah ada banyak beg lama; kebanyakkannya Cik Lah beli kat 'car boot market' kat Walthamstowe.

Haa..ni pula backdrop kat dining area...guna kuali je..memang unikkan.

Vidoe ni part 1...part 2 cari sendirilah kat you tube...hehehhe