Entry berkaitan bahan-bahan buangan/terpakai yang kita boleh kitar semula untuk diguna pakai di laman/taman. Hmmm...bunyi ayat skima ja...
Kerusi dijadikan tempat/pasu bunga?? Kreatif ni...kalau tanam ulam pegaga cantik nih. Pegaga Chair
Hopefully takde lah yang bawa balik trolley dari Giant or Carrefour..... Sesuai untuk tanam sayur sawi, kobis ataupun daun kesum. Errr...daun ketum pun ok gak. Senang nak bawa lari bila ada raid...hehehehhe
Kepada kaum ibu; anda dibenarkan menggunakan bola anak andaikata anak main bola dalam rumah ataupun dah 'menghelop' (hujung2 waktu senja) baru anak balik dari main bola. Tunjukkan ketidakpuasan hati anda dengan membelah bola dan dijadikan pasu bunga gantung.
Huh..boleh recycle juga rupanya no. 'Pasu' bunga ni sure mahal...mb ada yg brand Triumph, Victoria Secret...ada lace lagi you. Amat sesuai untuk tanam pokok bunga sahaja....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan