30 April 2010

Cerita sengal yang ngilu.....

Knock...knock..bunyi pintu diketuk. Aneesa dengan muka yang masam bangun membuka pintu. Marah sebab ada gangguan.
"Adik..ada air-cond ka?" Seorang lelaki India dan seorang Melayu tercegagt di depan pintu. "Ada.". Aneesa membuka pintu dan lelaki India itu pun masuk ke dalam rumah. "Mana itu air-cond?" Lelaki India bertanya sambil berjalan masuk.
Aneesa mengetuk pintu dan mengejutkan Muna yang sedang menidurkan Hannah. "Tadi ada call suruh service air-cond ka?" Tanya Lelaki India tadi. "Errr..tak pasti lah, sebab ini selalunya mem saya yang call.". Muna menjawab."Memang kita punya air-cond sudah tadak sejuk sekarang". Beritahu Muna lagi.
Lelaki India terus masuk bilik dan mula memeriksa air-cond. "Oooo..itu kena cuci saja. Tadak masalah punya.." Aneesa menyambung menonton tv dan Muna memerhati lelaki India tadi membuka air-cond satu persatu. Lelaki India terus membawa sebahagian dari air-cond ke bilik air dan mencucinya.
15 minit kemudia.. " Ok, sudah siap. Itu air-cond kena cuci saja. Boleh cuci sendiri juga..Tadak masalah.." Lelaki India mengemas barang dan bersiap mahu keluar. "Ok, terima kasih" Jawab Muna sambil mengunci pintu.
Sejam kemudian...."Kak Muna..Kak Muna...." Panggil bibik sebelah rumah dari luar tingkap dapur "Nape..ada apa". Muna menjawab. "Tadi ada orang datang service air-cond tak?" tanya bibik itu lagi.. "Ada. Dah balik pun...dah lama dah. kenapa?" Soal Muna. "Orang itu patut datang rumah saya. Mem saya dah bising-bising marah dia orang tak datang. Dia cakap dah datang...Datang sini ye..?"
"Hah..tu la. Kak Muna pun hairan gak. Mem selalu bagitau kalau ada apa-apa. Kak Muna ingatkan mem lupa bagitau...rupa-rupanya India tu salah rumah ya....hahhahahahah".

Dan mulai hari itu hingga kini air-cond rumah Cik Lah dah cool balik.Tapi.....
1) Kasihan pekerja India tadi; kena marah dengan boss dan client. Terpaksa datang semula untuk service rumah sebelah pula. Terpaksa buat 2 kali kerja.
Pengajaran - lain kali pastikan dulu alamat rumah. Betul ke tidak; jangan main masuk ja.Kan dah kena marah..

2) Cik Lah memang amat marah dengan Aneesa; sebab terus buka pintu dan bagi orang yang tak dikenali masuk tanpa kepastian dari Cik Lah. Sepatutnya Aneesa call Cik Lah dulu. Seram sejuk Cik Lah bila dapat tahu. Bayangkan kalau yang datang itu berniat jahat......
Pengajaran buat Aneesa (juga Muna; Cik Lah nye PA) - lain kali pastikan dari Kak Muna dulu. Kalau Kak Muna tak pasti; call mama. Mama sentiasa inform Kak Muna kalau ada orang akan datang. Jangan sesekali buka pintu dan menjemput orang yang kita tak kenal masuk ke dalam rumah. Pengawal/guard pun tak dibenarkan masuk tanpa kebenaran mama.

3) Mula-mula mendengar cerita dari Muna dan Aneesa memang Cik Lah dan Cik Sham ketawa; tetapi selepas itu kita orang terkedu sekejap..memikirkan kumungkinan yang boleh berlaku. Dalam rumah tak ada barang kemas atau duit berkotak; yang ada hanyalah anak-anak Cik Lah dan Muna....yang tak ternilai harganya... Itulah harta Cik Lah....Dan kalau apa-apa yang terjadi pada Muna; bagaimana Cik Lah nak menjawab pada keluarganya??

4) Hehehhehe...free service. Siapa tak nak kalau free...

09 April 2010

Puding Kastard


Puding Kastard Bahan-bahannya:-
- 2 cawan tepung kastard
- 1 tin susu cair
- 12 sudu besar gula (ikut tahap kemanisan yang anda suka)
- 8 cawan air
- 1 tin jagung manis
- 1 sudu essen vanilla
- secubit garam (untuk rasa lemak)
- 4 biji telur putih yg dipukul hingga kembang (kalau tak masukkan pun tak apa; Cik Lah selalu tak masukkan).
Cara-cara memasak:-
Masukkan semua bahan A ke dalam periuk di atas api yang perlahan (kecuali putih telur). Kacau sehingga masak dan kental. Bila dah masak bolehlah dimasukkan putih telur dan tutup api. Bila sebati bolehlah dimasukkan ke dalam acuan dan disejukkan di dalam peti ais. (kalau yang musim winter boleh disejukkan diluar rumah yang bersalji...hehehehhe)

Bahan-bahan untuk sos:-
- 1 tin susu cair

- 1/2 tin air
- 4 senduk gula
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 sudu kecil tepung jagung
Cara-cara memasak:-
Masukkan semua bahan kedalam periuk di atas api perlahan. Masak sehingga pekat. Bila sudah masak, sejukkan di dalam peti ais.

Puding dihidang dengan buah-buahan campuran.
Selamat mencuba. Kalau sedap bagitau Cik Lah..tak sedap buatlah lagi....

*untuk Cik Fika; haaa..ni dah ada resepi ni tak ada alasan lagi. Next time Cik Lah pergi rumah, sila masak untuk Cik Lah komen. Kali ini boleh cakap dengan Papa puding tu Fika yang masak...heheheh.