09 April 2010

Puding Kastard


Puding Kastard Bahan-bahannya:-
- 2 cawan tepung kastard
- 1 tin susu cair
- 12 sudu besar gula (ikut tahap kemanisan yang anda suka)
- 8 cawan air
- 1 tin jagung manis
- 1 sudu essen vanilla
- secubit garam (untuk rasa lemak)
- 4 biji telur putih yg dipukul hingga kembang (kalau tak masukkan pun tak apa; Cik Lah selalu tak masukkan).
Cara-cara memasak:-
Masukkan semua bahan A ke dalam periuk di atas api yang perlahan (kecuali putih telur). Kacau sehingga masak dan kental. Bila dah masak bolehlah dimasukkan putih telur dan tutup api. Bila sebati bolehlah dimasukkan ke dalam acuan dan disejukkan di dalam peti ais. (kalau yang musim winter boleh disejukkan diluar rumah yang bersalji...hehehehhe)

Bahan-bahan untuk sos:-
- 1 tin susu cair

- 1/2 tin air
- 4 senduk gula
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 sudu kecil tepung jagung
Cara-cara memasak:-
Masukkan semua bahan kedalam periuk di atas api perlahan. Masak sehingga pekat. Bila sudah masak, sejukkan di dalam peti ais.

Puding dihidang dengan buah-buahan campuran.
Selamat mencuba. Kalau sedap bagitau Cik Lah..tak sedap buatlah lagi....

*untuk Cik Fika; haaa..ni dah ada resepi ni tak ada alasan lagi. Next time Cik Lah pergi rumah, sila masak untuk Cik Lah komen. Kali ini boleh cakap dengan Papa puding tu Fika yang masak...heheheh.

Tiada ulasan: