27 Ogos 2011

Homemade Tiramisu Cake..

Ramai dok tanya resepi Tiramisu Cake nih. Ni haaa...Cik Lah dah upload. PA cakap - rugi la nanti takde orang yang order.. Bagi Cik Lah - itu rezeki masing-masing. Lagi pun ini buka resepi Cik Lah; Cik Lah pun dapat resepi dari anak buah sebelah Cik Sham. Kebanyakkan resepi kek yang Cik Kedondong upload memang senang dan bila Cik Lah buat semuanya menjadi..










Bahan-bahan yang diperlukan :



- 2 cawan/500ml Whipping Cream -mana-mana brand tak kisah. Cik Lah selalu beli Emborg kotak besar; 1 kotak tu dapat lebih kurang 4 cawan- maknanya dapatlah 2 kali buat Tiramisu Cake. Rega Emborg tu RM22 hinggit kat Tesco



- 250g Cream Cheese. Ini pun ada pilihan juga; mana2 pun tak kisah, tapi Tok Guru cakap kalau pakai Mascarpone cream cheese lagi sedap


- 1 biji chiffon cake perisa coffee ataupun biskut Lady's Finger. Cik Lah pakai chiffon cake je- biskut tu susah nak cari



-100gm gula castor.

- dan juga secawan air coffee ataupun nescafe tanpa gula - untuk disapukan diatas kek/biskut.
- serbuk koko untuk ditabur/diayak di atas kek


Cara-caranya:



1 - Putarkan creame cheese. Bila dah lembut, masukkan gula castor dan putarkan sehingga gula hancur dan sebati dengan creame cheese



2 - Masukkan whipping cream dan pukul/putar sehingga sebati. Agak-agak dalam 10-15 minit camtu.



3 - Potong chiffon cake agak setebal 10mm (tak yah ukur ngan measuring tapa, agak2 je. Jangan terlalu tebal ataupun terlalu nipis.). Kalau guna biskut; aturkan biskut dalam bekas. Lepas tu sapukan air nescafe/coffee atas cake/biskut. (sorry la tak de gambar- Neesa lari dari buat kerja time nih..heheheh)


4- Selepas tu sapukan cream tadi ke atas cake. Jangan terlalu tebal (kang tak cukup pula nak buat lagi 1 layer) dan jangan terlalu nipis (nanti tak rasa and kurang sedap jadinya).



(note- gambar blur sebab tukang ambil gambar tu buat kerja tak ikhlas..)



5 - Next step; susun lagi 1 layer cake ke atas cream tadi. Cake hendaklah disusun rapat dan mampat- takde ruang-ruang kosong. Sapukan nescafe/coffee dan cream cheese tadi. Dah siappp.. Ehhh..lupa pula. Ayakkan serbuk koko kat atas cake yang dah siap tu (time ni tukang amik gambar dah lari...). Takdelah cake gonjeng ja kan...kena la make up juga.


Simpan dalam Ice Box (my mother in law panggil fridge Ice Box). Sedap dimakan bila sejuk.




Tadaaaa...Tiramisu Cake yang sudah siap....



Senang je kan? 15-20minit dah siap. Kalau ikut sukatan bahan-bahan ni Cik Lah dapatlah buat 3 pek.



Selamat mencuba...sila lawat jengah Cik Kedondong kat Dapur Menjerit untuk info yang lebih jelas ataupun kalau nak resepi lain yang mudah dan ringkas.


Out of topic....bila Cik Lah menjahit...




Korang nampak tak benda yang tak sepatutnya ada kat dalam gambar ni?? Nampak? Hahhaha... Cik Lah takde tali tape untuk ukur kain...so Cik Lah guna measuring tape yang selalu Cik Lah guna untuk ukur site...hahhahaha

14 Ogos 2011

Puding Roti

Bahan A
- 500ml fresh milk
- 8 keping roti gardenia (tapi Cik Lah main hantam ja- roti burger, roti hot dog..mana-mana roti
jenis roti yang ada)
* carik-carikkan/koyakkan roti dan rendam dalam susu selama 1/2 jam (roti mesti terendam dan kembang)

Bahan B
- 4 sudu besar gula halus
- 2 sudu besar butter
- 2 bii telur ayam
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu besar kismis

Cara:
Kacau dan gaulkan semua bahan B (kecuali kismis). Bila dah sebati, campurkan bahan A dan B serta kismis. Kemudia masukkan ke dalam loyang pembakar. Bakar dalam suhu 180'C selama 30-40 minit.

Bahan sos:
- 1 tin susu cair
- 2 sudu besar tepung kastard (terpulang kepada kepekatan yang dikehenddaki. Cik Lah selalu masukkan 1 1/2 sudu besar ja.
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu teh esen vanilla.
* Gaulkan semua bahan, make sure tepung kastard larut. Kalau tak ianya akan berketul. Kemudian masak di atas api yang sederhana sehingga mendidih.

Hidangkan ketika sejuk. Senang je kan? Cik Lah selalu buat bila tengok ada banyak roti yang dah dekat nak expired...hehehhehe.. Alaaaa..kat hotel pun sure camtu gak, entah2 roti yang dah expired depa buat puding kan?...who knows...

04 Ogos 2011

Jimi Asmara...

Baca tajuk ja dah mengancam noo..Kali ni Cik Lah nak bagi resepi air Jimi Asmara. Cik Lah dapat reszepi ni dari biras Cik Lah. Tak tau la pasai apa nama air ni Jimi Asmara..maybe sebab catering tu buat time kenduri kahwin je kut...

Bahan-bahan:
2 liter air
3kg gula pasir (jangan salah tau...gula...bukan pasir!!)
1 botol perisa oren sunquick
1 botol starbrand apple essence
1 botol starbrand banana essence
(Tok guru pesan pakai starbrand-jangan brand lain..tak pasti napa..mb sbb dia pernah buat pakai brand lain pastu tak sedap. Ataupun maybe Tok Guru ada share dalam company starbrand...hehehehhe)

Cara-caranya:
Campurkan semua bahan kecuali banana essence ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Bila dah masak dan agak pekat, tutup api. Kemudian barulah dimasukkan banana essence.

PERINGATAN - hati-hati semasa masukkan banana essence; sebab macam ada 'letusan gunung berapi' kalau kita terus tuang dengan kasar. Dan dapur anda akan berbau semerbak.... (Jiran-jiran anda akan sibuk bertanya...rumah sapa la tu? Masak apa sampai wangi macam nih? Dan anda dengan bangganya akan menjawab...rumah saya! rumah saya la!!)

Sukatan diatas untuk aggaran 100+ gelas. Cik Lah selalu buat setengah dari sukatan. Selamat mencuba. Kalau jadi bagitau Cik Lah...tak jadi cubalah lagi...sampai jadi.. (Kawan Cik Lah, Tunku Fazlinda dah buat..and menjadi)