14 Ogos 2011

Puding Roti

Bahan A
- 500ml fresh milk
- 8 keping roti gardenia (tapi Cik Lah main hantam ja- roti burger, roti hot dog..mana-mana roti
jenis roti yang ada)
* carik-carikkan/koyakkan roti dan rendam dalam susu selama 1/2 jam (roti mesti terendam dan kembang)

Bahan B
- 4 sudu besar gula halus
- 2 sudu besar butter
- 2 bii telur ayam
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu besar kismis

Cara:
Kacau dan gaulkan semua bahan B (kecuali kismis). Bila dah sebati, campurkan bahan A dan B serta kismis. Kemudia masukkan ke dalam loyang pembakar. Bakar dalam suhu 180'C selama 30-40 minit.

Bahan sos:
- 1 tin susu cair
- 2 sudu besar tepung kastard (terpulang kepada kepekatan yang dikehenddaki. Cik Lah selalu masukkan 1 1/2 sudu besar ja.
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu teh esen vanilla.
* Gaulkan semua bahan, make sure tepung kastard larut. Kalau tak ianya akan berketul. Kemudian masak di atas api yang sederhana sehingga mendidih.

Hidangkan ketika sejuk. Senang je kan? Cik Lah selalu buat bila tengok ada banyak roti yang dah dekat nak expired...hehehhehe.. Alaaaa..kat hotel pun sure camtu gak, entah2 roti yang dah expired depa buat puding kan?...who knows...

Tiada ulasan: