04 Ogos 2011

Jimi Asmara...

Baca tajuk ja dah mengancam noo..Kali ni Cik Lah nak bagi resepi air Jimi Asmara. Cik Lah dapat reszepi ni dari biras Cik Lah. Tak tau la pasai apa nama air ni Jimi Asmara..maybe sebab catering tu buat time kenduri kahwin je kut...

Bahan-bahan:
2 liter air
3kg gula pasir (jangan salah tau...gula...bukan pasir!!)
1 botol perisa oren sunquick
1 botol starbrand apple essence
1 botol starbrand banana essence
(Tok guru pesan pakai starbrand-jangan brand lain..tak pasti napa..mb sbb dia pernah buat pakai brand lain pastu tak sedap. Ataupun maybe Tok Guru ada share dalam company starbrand...hehehehhe)

Cara-caranya:
Campurkan semua bahan kecuali banana essence ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Bila dah masak dan agak pekat, tutup api. Kemudian barulah dimasukkan banana essence.

PERINGATAN - hati-hati semasa masukkan banana essence; sebab macam ada 'letusan gunung berapi' kalau kita terus tuang dengan kasar. Dan dapur anda akan berbau semerbak.... (Jiran-jiran anda akan sibuk bertanya...rumah sapa la tu? Masak apa sampai wangi macam nih? Dan anda dengan bangganya akan menjawab...rumah saya! rumah saya la!!)

Sukatan diatas untuk aggaran 100+ gelas. Cik Lah selalu buat setengah dari sukatan. Selamat mencuba. Kalau jadi bagitau Cik Lah...tak jadi cubalah lagi...sampai jadi.. (Kawan Cik Lah, Tunku Fazlinda dah buat..and menjadi)

Tiada ulasan: