03 Januari 2011

Suppose to be 1 day trip only....

"Jum..lepas semua mandi, breakfast kita keluar..."
" Nak gi mana abah?"
"Kita pergi jalan-jalan arah Kuala Kubu dan Sabak Bernam..tengok je lah nanti..."
Dialogue pagi Jumaat lepas - 31hb Dec 2010.

Maka Cik Lah pun siapkan apa yang patut. Biskut, air, roti dan pakaian. Knowing Cik Sham yang always unpredictable...plan selalu bertukar... Dalam kereta still dok pikir lagi tempat apa yang nak dituju...dan seperti biasa ikut ajalah arah jalan raya..kalau straight, maka straight lah kereta. Kalau belok..beloklah kereta.



Kalumpang Resort

Dan inilah tempat pertama kita jumpa...Kalumpang. Singgah minum kopi di sebuah warung, mak chik warung bagitau ada air terjun; Sungai Inki dan juga resort di situ. Kitarang pun terus ke sana. Suasana sejuk dan nyaman sekali. Ada mini zoo, restaurant, gerai dan chalet untuk disewa. Sesuai untuk family gathering dan juga untuk office outbound training.

Bestnya kalau dapat stay and mandi kat situ. Cik Lah cuba tanya kalau ada chalet kosong...malangnya semua penuh. (Na, Emy, Ti and Fika...jum one day kita gi situ..) Kat Kalumpang Resort ini tak dibenarkan membawa makanan dari luar. Semua kena beli dekat gerai yang terletak berdekatan dengan air terjun. Mungkin dengan cara ini senang pihak management nak jaga kebersihan kat situ. Cik Lah dapati kawasan persekitaran memang bersih..jadi tak mungkin ada risiko terkena virus kencing tikus. Sila check this website - http://www.kalumpangresort.com.my

Selepas puas sekadar menengok orang mandi-manda...kitarang pun keluar dari Kalumpang Resort menuju ke arah Sabak Bernam. Kasihan kat Luqman..entah kenapa dia sakit perut..terpaksa singgah cari toilet.. Lepas tu kena pula cari kedai makan (dah buang kena la makan pula). Jumpa gerai tepi kampung..hmmm..sedap juga nasi ayam dan masakan kampung...dan murah pula tu. Lupa pula nak ambil gambar.

Sawah padi terbentang indah

On the way nak ke Sabak Bernam ternampak signage menujuk arah ke Teluk Intan..hehhe. Kitarang pun ubah haluan ke Teluk Intan. Memang camtu lah kalau Cik Sham dan Cik Lah kalau buat trip ke mana-mana. Tak pernah ada plan yang tetap...main hantam ja. Maka Cik Lah pun drive ke Teluk Intan. (Time ni Cik Sham tidur akibat kekenyangan...)

Menara condong

Haa..ni la tempat persinggah ke 2. Menara Pisa Teluk Intan. Teluk Intan juga dikenali sebagai Teluk Anson pada satu masa dahulu. Sejarah Menara Condong boleh baca kat sini : http//menara-condong.blogspot.com

Setelah puas bergambar, maka kitarang bertolak ke arah Sabak Bernam..malangnya lagi sekali haluan berubah. Pada masa tu dah pukul 3 petang. Cuba teka ke mana pula??

Inilah persinggahan ke 3, Teluk Batik, Perak. Sebelum itu, Cik Lah call a few chalet/hotel. Dah penat driving. Neesa dan Luke pun dok mengomel tak nak balik KL lagi. Maka kena cari yang murah je..sebab tak plan pun nak overnight kat mana-mana. Bawa pakaian pun just in case nak mandi kat Kalumpang tadi. Dapatlah hotel kat Teluk Batik Resort. Terpaksa pakai credit card sebab tak bawa cash langsung..heheheh.


Teluk Batik dah berubah 100% dari apa yang Cik Lah dan Cik Sham ingat...semasa sem 1 & 2 kat ITM, Manjung. Apa? Dating? Ohh..tidak..Cik Sham and Cik Lah tak pernah dating kat Teluk Batik. Lecturer selalu buat outing project kat situ. Pernah ada assignment mereka bentuk layang-layang. Bukan setakat design cantik, layang-layang tu mesti naik ke udara sekurang-kurangnya 15minit baru dikira berjaya.

Maka bermalamlah kita di Teluk Batik Resort. Ok, not bad bilik dia. Food pun ok...serba serbi oklah. Hannah seperti biasa happy kalau dapat tidur kat hotel..

Besoknya selepas kemas dan breakfast, bertolak balik ke KL. Hopefully plan tak berubah lagi. Neesa cakap alang-alang sampai Perak kenapa tak balik ke Kedah je. Tak boleh..tak boleh..rumah tak kemas, sampah tak buang, kain kat ampai..dan malam tu pula ada family gathering kat Seri Maya.

Ini masa isi minyak kat Station Caltex, Taman Paya Bakau, Lumut. Malangnya belum buka lagi..kalau tak dapatlah merasa makan Cendol. Cik Lah google kat web..dapat info pasal Mr. Cendol ni. Cuba korang jengok kat sini : http//mrcendol.com

Dalam mencari exit ke highway (mula2 nak ke arah Ipoh), ternampak another place can be the fourth pit stop.
Dah lama nak pergi tengok...dan kali ini tercapai hajat di hati... Sebelum masuk kena baca-baca ayat Quran dulu..keras tempat nih.. (memang keras pun, diperbuat dari batu bata..)

Mengikut sejarah, William Kellie Smith adalah owner this grand mansion. Suppose to be hub for social life of wealthy colonial planters. Ada 6 tingkat, wine chiller, rooms ..with Moorish arch and Greco roman design. Memang amat cantik ..tu belum siap sepenuhnya tu..kalau siap lagi la cantik.

Mengikut cerita...this mansion took almost 10 years to construct. Dalam masa itu ramai perkerja terkena virus Spanish Flu. Mungkin sebab itu jadi haunted kut. Cuba baca kat sini ; http//paranormalstories.blogspot dan www.journeymalaysia.com

Setakat ni je catatan trip yang tak dirancang. Trip yang suppose to be just one day trip...

Tiada ulasan: