28 September 2009

Raya - Catatan 2

Pada hari raya ke2, Cik Sham telah melawat makam moyang Cik Sham; Sheikh Ibrahim yang berasal dari Mesir. Kalau di ikut susur galur…Tok Mak (ibu Cik Sham; mak mertua Cik Lah) ada nama Sharifah..tetapi nama Sharifah/syed telah dibuang oleh nenek Cik Sham. Sememangnya Tok Mak amatlah cantik pada mata Cik Lah. Kali pertama Cik Lah tengok Tok Mak; terdetik di hati..alangkah cantiknya….Semasa menjaga Tok Mak di hospital tahun lepas; Cik Lah dapat tenung dan teliti muka Tok Mak lama2…memang cantik…
Menurut penjaga makam; Tok Mak adalah keturunan ke7 Sheikh Ibrahim. Makam Sheikh Ibrahim turut diziarahi oleh Sultan2 Johor yang terdahulu dan sekarang. Cik Lah kurang arif tentang hubungan Sheikh Ibrahim dan sultan Johor. Hmmm…tapi bayangkan setelah 13 tahun berkahwin; baru Cik Lah tahu rupanya Tok mak dari keturunan sheikh..Banyak lagi yang belum tersingkap…
Sebelah Tok Bah (bapa cik Sham; bapa mertua Cik Lah) adalah keturunan Daeng. Ini memang Cik Lah tahu, sebab Cik Lah pernah tengok carta salasilah kuturunan yang Tok Bah buat dulu. Cik Sham tak tahu siapa yang mengambil carta tu. Sepatutnya diframe dan digantung…tapi entah mana pergi; sayang…sebab kalau nak tanyak Tok Bah sekarang; Tok Bah dah lupa…Hopefully anak2 buah sebelah Cik Sham ambil inisiatif mengumpul semula salasilah keluarga.
Sayangnya sebelah Cik Lah (Tok dan Tok Wan); tak banyak yang Cik Lah ketahui. Apa yang Cik Lah tahu, Tok Wan punya moyang dari Acheh..selebihnya Cik Lah tak tahu..malah Tok Wan pun dah lupa nama2 moyangnya..

Tiada ulasan: