01 September 2009

Kenangan Lalu

Bila bulan puasa tiba, Cik Lah selalu teringat pengalaman berpuasa dan berhariraya di London. Satu pengalaman yang amat mahal.. Berpuasa hanya beberapa jam sahaja; sebab musim sejuk (winter) siang pendek; malam panjang..Hahha..bayangkan bestnye.. Housemate Cik Lah; budak2 lelaki boleh tidur dari lepas sahur sampai time berbuka...alasan sejuk; malas bangun. Nasib baik selama di sana putaran Ramadhan bukan dalam summer....
Selalu Cik Lah berbuka kat tempat Cik Lah kerja; Malaysian Student Deparment. Cik Sham pun datang berbuka bersama dan sembahyang Terawikh kat Malaysian Hall. Best..bukan orang Malaysia je ada; pak&mak arab pun suka joint sekali..Lepas sembahyang ada moreh..masa ni dapat makan makanan arab; sebab diarang pun buat sumbangan juga..Sometimes ada duit lebih Cik Lah dan Cik Sham berbuka puasa di Restaurant Taj Mahal, Bayswater. Memang tersangat mahal..tapi sebab rindukan nasi beriani, roti nan..
Kawan Cik Lah; time ni akan sibuk buat kueh raya. Mas namanya (lelaki). Cik Lah dan Cik Sham pergi rumah dia dan buat kueh bersama..(hari yg Cik Lah tak pergi; ada lak TV3 datang buat rakaman...terlepas; kalau tidak masuklah TV...heheheh).Seronoknye..Cik Lah tak dapat gambarkan suasana masa tu..Cik Lah rasa hanya sesiapa yang pernah ada pengalaman duduk jauh di perantauan mesti ada pengalaman yang sama. Bergotong- royong buat kueh raya..
Pada pagi raya, Cik Lah, Cik Sham dan kawan-kawan serumah pergi ke Malaysia Hall..Student Indonesian pun joint sama walaupun bukan Islam. Bayangkan dalam kesejukan kitarang pakai baju melayu/baju kurung; warna-warni pula tu. Dalam tube (underground train) penuh ngan kitarang..memang terserlah sebab mat/minah salleh semua pakai black...Biasalah bila time winter; warna black adalah warna rasmi diarang..heheh.
Malaysian Hall selalu penuh waktu sembahyang; jadi jalan depan terpaksa ditutup dan dikawal polis. Selepas sembahyang ada jamuan dan sessi bergambar. Dahla sejuk; pakai baju silk...huh..Memang meriah la...Cik Lah dapat banyak jemputan dari staff Malaysian Hall, Malaysian Student Department dan juga keluarga Melayu yang tinggal di Walthamstow (sudah menetap disitu sejak perang dunia ke2). Pendek kata sebab pengalaman baru..jadi tak terasa lah beraya jauh dari keluarga di Malaysia.. Hanya bila malam; telephone Kedah..barulah terasa dan menangis..nak balik-nak balik..uhuhu..
Sememangnya banyak pengalaman yang tak ternilai semasa di sana. Pengalaman mengandung dan melahirkan Aneesa. Pengalaman menyaksikan bertapa fanatiknya peminat Diana semasa kematian Diana. Pengalaman tube terkandas; tak bawa duit; hanya ada 10pence untuk buat call (panic Cik Sham dan housemates) Pengalaman bertapa takutnya semasa tingkap tube yang Cik Lah naiki pecah- dan di sangkakan serangan IRA. Dan banyak lagi...

Tiada ulasan: