23 Ogos 2009

Ulang tahun ke 13

21st August yang lepas wedding annivesary Cik Lah dan Cik Sham. Cik Lah kahwin tahun 1996 maknanya dah 13 tahun. Selalunya Cik Lah tak tetap hari untuk raikan..kitarang selalu ambil tarikh antara 21 ke 31 August.
Tahun lepas kitarang celebrate masa wedding Fika dan Fahmi. Tahun ini..sebab masuk bulan Ramadhan, Cik Lah sekeluarga pergi makan kat Sakura Restaurant, Taman Melawati. Luke nak makan 'besar' sebab esoknya puasa.Masa makan Cik Sham bacakan puisi yang Cik Sham karang..camni puisinya... (boleh dipanggilkan puisi ke???)
Mama..
Dulu Abah bawa mama ke London..
Dapatlah Aneesa
Dulu Abah bawa mama ke Bali..
Dapatlah Luqman..
Dulu Abah bawa mama ke Chieng Mai..
Dapatlah Hannah..
Tapi sekarang mama pergi sendiri
Mama pergi ke London Weight Management..
Kenapa ma...
Kenapa London Weight Management..
sayang dari Abah..
Haaa..tulah puisi yang entah hapa2 punya puisi..Cik Sham selalu buat kejutan..tapi kejutan yang selalunye buat Cik Lah antara marah+geli hati+terharu..selalunya perasaan marah la dulu..pastu mesti jadi kelakar dan bila di kenangkan semula akan jadi terharu...
Sememangnya Allah dah takdirkan jodoh untuk kita....sebaik-baik jodoh. Macam Cik Lah adalah seorang yang cepat marah dan suka bertindak terburu-buru, Cik Sham adalah sebaliknya..Terkadang Cik Lah marah macam 'gunung berapi'..Cik Sham boleh ketawa geli hati. Cuba bayangkan kalau Cik Sham pun ikut marah sama..Terkadang tension juga..sebab bila Cik Lah marah..Cik Sham ketawa..Neesa dan Luka akan cakap mama buat lawak..Ggrrr..
Cik Lah rasa setiap pasangan suami isteri mesti ada perbezaan sikap yang ketara. Kalau sama tentu susah nak hidup bersama. Bayangkan kalau kalau suami isteri suka masak...so siapa yang nak makan?? Ataupun bayangkan suami isteri suka shopping..haa sure muflis.Tapi dalam perbezaan itu, ada juga persamaan yang merupakan tarikan..Cik Sham suka baca buku, Cik Lah juga suka baca buku- bezanya Cik Sham baca pasal sejarah, perang ataupun profile somebody..Cik Lah baca love story..Fika dulu pernah cakap..Fika tak dapat bayangkan kalau suami Cik Lah bukan Cik Sham..
Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan. Terkadang bila marahkan pasangan kita..cuba fikirkan semula segala kelebihan dan kebaikan..Fikirkan saat-saat manis bercinta..
Kesimpulannya..Allah sudah jodohkan kita dengan pasangan yang yang sebaik-baiknya untuk kita..hargailah sesama kita..teruslah saling sayang menyayangi..
(To my hubby...you always know..)

Tiada ulasan: