Huh..dah lama Cik Lah tak update blog. Dari hujung bulan April sampailah sekarang Cik Lah amat lah sibuk. Rasa cam nak tambah 'tangan' ja - jadi octopus - so boleh la buat banyak kerja at the same time..heheh..
Cik Lah rasa semua kaum wanita kat dunia ni boleh jadi multi-task women. Either yang kerja full time or full time housewife - we can cooked, we can washed the clothes (masuk machine je..heheh), we can look after the kids and at the same time we can be free lancer; worked from home. Macam Cik Lah- Cik Lah ambil contract do drawings with other company (monthly payment), also do freelance base on project basis and also run my own project. Haaa..cuba bayangkan camna Cik Lah 'dikejar' oleh date line... kekadang Cik Lah tidur pukul 3 atau 4 pagi. Kekadang Cik Lah tak tidur langsung - tu bila ada 2 3 submission at the same day. Besoknya Cik Lah jadi zombie..hehehe.
(Note - gambar di atas tu bukan gambar Cik Lah tau.. Cik Lah walaupun sibuk still cukup makan cuma tak cukup tidur. Jadi tak lah seseksi gambar tu..heheh. Lepas pakai PB adalah perubahan...hahhaha sempat promote lagi.. mari2 order Premium Beautiful kat Cik Lah. Seing is believing...)
Bila Cik Lah sibuk - Cik Lah masak benda yang ringkas ja. Sejak bulan lepas dah berapa jenis mee dan nasi goreng; nasi goreng tom yam, nasi goreng tomato, nasi goreng china, nasi goreng kampung, mee sup dan mee hailam dah jadi makanan time dinner. Hahahha..tu yang paling ringkas dan cepat nak masak. Maggie..tidak sama sekali!! Apalagi yang senang..hah spaghetti bolognese. Senang ke? Bagi Cik Lah senang..sbb bahan PA yang sediakan - Cik Lah just campakkan dalam kuali...heheh
Bahan-bahan ni memang sentiasa ada - so kalau tetiba terjengoi ja tetamu depan pintu takdelah gelabah nak jamu apa. Bawang? Bawang besar memang sentiasa ada sbb Cik lah masak apa2 pun pakai bawang besar tak pakai bawang kecik. Bersesuaian dengan badan PA dan badan Cik Lah..hahahah.. Daging lembu/ayam kisar kita boleh guna untuk masak yang lain juga, masak telur bistik, pergedil ataupun karipap. Mushroom soup kekadang pagi boleh buat untuk Neesa, Luke and Hannah nye breakfast. So takdelah beli bahan2 tu just untuk masak spaghetti je.
Masukkan daging..masak hingga air kering. Pastu masukkan minyak. Kacau kejap pastu masukkan bawang. Goreng bawang dan daging sehingga naik bau. Bukan bau peluh tau...bau daging dan bau bawang...
At the same time boleh rebus spaghetti kat dapur sebelah. Bila daging + bawang dah masak masukkan sos kimball, mushroom sup dan tomato puree. Kalau ada chicken/meat ball masukkan juga. Cik Lah tak masukkan sayur sbb for sure anak2 Cik Lah ketepikan..rugi ja masukkan. Untuk buatkan sos pekat Cik Lah masukkan cheese. Mak Lang (kakak Cik Lah) masukkan telur.
Hah..dah siap..senangkan? Sorry la tak sempat ambil gambar end product....heheheh. Time tu dah lapar. Terus hidang n ngap ja... gambar tu gambar Cik Lah google ja... kalau ada chicken/meet ball..lagi laaaa sedap. Teringat kat Tuk (mak Cik Lah)..kali pertama.. " Hish..hang masak apa la ni? Mak bukannya lalu makan benda2 macam ni.. Buh sikit ja" and after a few minutes.."Tambah lagilah..sedap pula...". Hahhaha...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan