09 November 2010

Mari memasak

Kali ni kita cerita bab masak memasak....

Apple Crumble Pie

Haaa..sejak ada oven ni Cik Lah asyik buat kek dan biskut. Nasib baik kat rumah ni semua 'kaki makan' walaupun tak menjadi. Paling Cik Lah suka masak ialah Apple Crumble Pie...peberet nih.. Semua dah boring makan...nak kena try resepi pie yang lain pula. Masa mula-mula dapat oven, Cik Lah buat cookies ikut resepi Famous Amous... Sekali je Cik Lah buat..pastu bila PA dan Neesa dah pandai buat..tiap-tiap minggu lah dia orang buat cookies.


Lepas semua boring makan Apple Crumble Pie..Cik Lah try masak Kek Oren..ikut resepi Cik Kedondong. Menjadi pada percubaan kali kedua...hehhehe. Kali pertama Cik Lah buat masa bulan puasa.


Minggu lepas Cik Lah try buat Carrot Cake pula...percubaan pertama terus menjadi. Siap hantar kat neighbour lagi u...hehehe...dan neighbour siap minta resepi lagi... Dan tadi PA Cik Lah buat Chocolate Cake pula..alamatnya gone mission diet. (Cik Sham cakap sauna yang Cik Lah beli before raya that day dah boleh dibuat reban ayam atau pun tempat kukus kueh...sebab Cik Lah dah malas guna.....huhuuhu)

Lusa Hari Raya Aidil Adha, Cik Lah still dok fikir nih nak masak apa... Cam teringin nak makan ketupat pulut. Cik Lah buat ketupat pulut dalam daun pisang, alaaaa...bungkus macam tepung bungkus or lepat liat. Cik Lah tak suka buat dalam daun palas- tak sewangi macam dalam daun pisang. Tengoklah kalau Cik Lah rajin. Mungkin juga Cik Lah masak spaghetti bolognese . Ataupun Cik Lah masak sup tulang, daging salai cecah air asam...ataupun mungkin juga Cik Lah tutup dapur dan pergi makan rumah Mak Ngah kat Shah Alam... Hmmmm....segalanya berkemungkinan....

Selamat Hari Raya Aidil Adha. Semoga jemaah kita dan juga semua umat Islam di Mekah dapat beribadat dengan selamat tanpa sebarang musibah....


p/s - Cik Lah just masak ketupat dan rendang daging pada malam raya. Nak masak ayam; ayam dah habis kat pasar. Selepas sembahyang raya; Cik Lah sekeluarga pergi rumah Pak Ngah kat Taman Ehsan (abang Cik Sham) dan selepas tu terus ke Shah Alam..rumah Pak Ngah juga...hehehhe..tapi ni sebelah Cik Lah. Petang baru balik Selayang...

Tiada ulasan: