18 November 2010

Hannah


Scene 1
"Hannah..baca doa makan dulu sebelum makan."
"Hannah lupa la....boleh pinjam doa tidur tak?"
Scene 2
"Hannah; kita tak boleh buat macam ni...tak baik. Nanti....bla...bla..bla..." Cik Sham lecture Hannah pada satu hari. Yang lain semua diam dan tak berani bercakap sebab Cik Sham tengah marah dan amat serius.
"Hannah dengar tak apa abah cakap ni? Lain kali nak buat lagi tak?"
"Hannah tak dengarlah abah...telinga Hannah sakit...."
Scene 3
Cik Lah tengah membebel dekat Luke. Pot pet pot pet pot pet.... sesekali macam bunyi machine gun pun ada. Luke dah hampir menangis.
"Abang ni...sikit-sikit nangis. Sikit- sikit nangis...." Hannah membebel sorang-sorang....
Scene 4
Hannah "Kasut Hannah takde. Hannah pakai green boot lah"
Cik Sham " Tak boleh Hannah. Mama sure tak bagi Hannah pakai baju kurung dengan boot."
Hannah " Mama... Hannah nak pakai kasut ni"
Cik Lah "Nooooooo....put it back"
Hannah "Abah, mama cakap nooooooo..." sambil mengejek cara dan gaya Cik Lah.

Hannah makin keletah dan pandai bercakap. Macam-macam perkataan dan ayat Hannah dah boleh buat. Mula-mula risau juga Cik Lah..takut jadi macam Aneesa; selalu cakap terbalik. Once dia boleh bercakap... hmm non stop dia bercakap. Paling seksa bila nak tidurkan dia...Hannah akan membebel dan menyanyi...and in the end orang yang tidurkan dia akan tertidur dulu.

Haa..ni la gambar bead yang termasuk dalam hidung Hannah pada 26/10/2010. Cik Lah pun tak tau macam mana leh termasuk. Masa tu Cik Lah dok tengah kemas bilik. Hannah main kat ruang tamu dan PA dok tengah baca paper..tetiba je dengar Hannah menangis dan suara bising PA. Menurut PA bead tu belum masak dalam lagi..tapi bila dengar Cik Lah bertanya dari dalam bilik - "Hannah...nape nangis?"..Hannah terus meraung kuat dan terus 'tersedut' bead ke dalam lagi.

PA cuba keluarkan menggunakan pencabut uban (bocor rahsia ada pencabut uban...tu untuk cabut uban Cik Sham). Malangnya makin ke dalam sebab Hannah selsema..jadi tu dah macam pelincir untuk bead masuk kedalam. Dengan paniknya Cik Lah call Klinik Keluarga Dahlia, buat appointment. Masa sampai klinik doktor dah dok tunggu- terus masuk jumpa dia. Klinik Dok Dahlia ni senantiasa penuh...pi la time apa pun sure penuh punya...sedangkan banyak lagi klinik kat Bandar Baru Selayang tu..

Setelah lebih kurang 15 minit Doktor Yusri dok proses hidung Hannah barulah bead tu dapat dikeluarkan. Doktor Yusri cakap kalau sikit lagi termasuk Hannah sure kena dirujukkan ke hospital. Alhamdulillah..Cik Lah cuba nak elakkan ke hospital...

Antara ketiga-tiga orang anak Cik Lah, Aneesa dan Hannah lah yang paling kerap ke klinik/hospital. Sejak lahir lagi Neesa dan Hannah kena eczema. Kos untuk ubat dan creme eczema amatlah mahal. Satu creme yang tahan untuk seminggu will cost RM35/= and susu isomil RM53/= untuk seminggu juga. Bayangkan monthly Cik Lah spent berapa just untuk susu dan creme. Belum termasuk shampoo and sabun for eczema. Nasib baik Hannah kurang alah pada makanan tak seperti Aneesa masa kecil.. (teringat betapa paniknya babysitter Neesa bila tetiba sahaja muka Neesa bengkak/kembang dan merah selepas pertama kali makan mee yang ada telur...hahahaha. Cik Lah pun ajar Achik masak spaghetti dan makaroni..dan mengikut anak2 Achik itulah kali pertama Achik masa spaghetti....) Eh..ni suppose entry sal Hannah not Aneesa... Next time Cik Lah cerita bab Aneesa.

Pink is Hannah favourite color. Hmm...same with Aneesa (masa dia kecik2 dulu la...but now kalau cakap pink dia akan kata....yiekk....). Kalau suruh Hannah pilih shirt, shoes or even biscuit sure dia cari yang ada pink color. Lotih den..ayiaq pun pink gak.. And everything must have Mickey or Minnie Mouse...mak wehhh...barang-barang Disneyland kan mahal. Kopak den...kalau pergi shopping complex and Hannah nampak product disney....and at that time Hannah is like Michael Jackson dance 'Beat it'..tangan menunjuk ke sana ke sinun... It's very difficult to deal with her once she plead "pleaseeeee mama...". Cik Sham normally and always cair dengan Hannah. Cik Lah still boleh buat 'hati keras dan kejam'.

4th December ni Hannah genap 3 tahun. Cik Lah tak tahu nak beli present apa lagi.. Maybe Ikea tea set/pot or maybe barang-barang untuk dia buat drawing. Nak beli Barbie laptop pun no point sebab Hannah lagi advance - she used a real laptop.... and dah tahu all pc/laptop term...hehehe . Download? Upload? Google? Loading? Haaa...semua dia dah tahu.


Tak sabar nak tengok Hannah punya reaction bila dapat Mickey Mouse birthday cake nanti.

Tiada ulasan: