19 Mac 2010

Resepi Asam Pedas Keladi




Hari ini Cik Lah nak kongsi resepi Asam Pedas Keladi. Masakan ini memang kesukaan Cik Lah. Emak Cik Lah selalu masak sayur Keladi dan di makan dengan Nasi Ulam....perghhh...berpinggan-pinggan lah Cik Lah makan nasi.

Resepi Sayur Keladi
Bahan A
- Sayur Keladi (beli ja 1 ikat kat Tesco; dlm RM2 )
* disiang kulit dan direbus. Masukkan asam keping semasa merebus. Kulit Keladi dibuang supaya tak gatal anak tekak..
- Ikan kembung dalam 2 atau 3 ekor - direbus.
* selepas rebus tumbuk isi ikan. Air rebusan ikan akan digunakan untuk memasak nanti
- Serai 1 batang - diketuk (jangan ditampar atau pun dipukul pula...hehehhehe)
- Daun Kesum dalam 1 ikat (jangan salah ambil daun Ketum la.. Kang lalok habis sesiapa yang makan)
- Asam keping - 1 keping

Bahan B
- Cili kering 6 biji (rendam dlm air panas supaya senang lumat bila ditumbuk)
- Lada hitam 8 biji (agak2 la kalau nak rasa pedas tambah la lagi)
- Belacan yg dah digoreng (sebesar ibu jari mak budak - kalau ibu jari baby or anak; kecik la jawabnya. Cik Lah guna belacan yg diimport dari Alor Ibus, Kedah)
- Bawang merah kecil dlm 3 ulas
* Semua bahan B ditumbuk halus. Nak tumbuk pun ada caranya; bukan main tumbuk ja. Mula-mula tumbuk cili kering dan lada hitam, dah lumat baru masuk belacan. Selepas itu baru masukkan bawang. Haaaa...ni pesan emak Cik Lah..memasak mesti tertib..

Cara-cara memasak
Masukkan semua bahan B (yang sudah ditumbuk lumat) ke dalam air rebusan ikan. Boleh ditambah air jika air rebusan sikit. Bila mendidih masukkan isi ikan, serai dan daun kesum. Didihkan. Bila semua bahan dah sebati dan kuah dah mendidih baru masukkan sayur Keladi yang dah direbus dan bolehlah diangkat dan hidang. Jangan lupa pula letak garam..nanti cakap Cik Lah tak letak dalam resepi... Rasa....kalau sedap bagitau la Cik Lah...kalau tak sedap..cuba la masak lagi...

Selamat mencuba....

3 ulasan:

Bungadamia berkata...

hai salam kenalan...

Cik Lah berkata...

Hai fiza..
Salam perkenalan. Thanks kerana menjengah ke Cik Lah Corner..and sorry baru perasan..heheh

CM Si Penulis Blog berkata...

Nak try resepi ni.. Musim hujan2 ni, msk simple pon bertambah... ��