09 Julai 2011

Bila ke Tesco...

Cik Lah selalu beli barang kat Tesco - sebab? Pertama barang murah; contohnya Full Cream Milk (nestle); Kat Giant RM5.40 kat Tesco RM4.59. Tatura creame cheese; Giant RM7+ and Tesco RM6.60. Banyak lagilah barang yang lebih murah kat Tesco. Sebab kedua; parking lot besar dan banyak. Tesco Jalan Kuching lebih selesa dari Tesco Rawang sebab tak payah jalan jauh pergi ke parking.

Korang mesti tanya - berapa Tesco bayar untuk promote diarang nih?? Heheheh..takde sesen pun. Saja je..kali ni Cik Lah just nak kongsi cerita pasal Hannah. Tiap kali pergi beli barang; kalau Hannah ada mesti kena beli barang-barang berikut....

Yogurt - banyak kalsium katanya. Dia tak panggil yogurt- dia panggil kalsium...


Vitagen - mesti yang color purple. kalau ada color pink sure Hannah pilih color pink.


Mashmallow - ini pun Hannah choose yang color pink ja. Cik Lah heran takde rasa apa pun mashmallow tu..tapi nak juga Hannah (and Neesa too) makan...


Cheese - yang ni semua anak-anak Cik Lah makan. Bukan makan dengan roti..depa makan macam tu ja. PA cukup tak suka- dia kata busuk. Kekadang 1 pack tu 1 hari je..so terpaksalah sembunyikan..


Lastly...seedless grape. Mak aiihhh..mahai ooiii.. Beli sekilo kejap ja habis. Kalau beli yang ada biji boleh lah tahan 2 3 hari.


Tu baru Hannah. yang lagi dua orang tu lain la pula. Bayangkan diarang kat dalam Tesco; ..macam Michael jackson menari lagi beat it..jari terarah sana sini. Haiiii...


Makin gugurlah rambut Cik Lah...dan makin putih lah rambut Cik Sham....

(Errrr...mungkin juga itu bukti penuaan...)

2 ulasan:

farida tarmize berkata...

kalau marshmallow tu campur dalam aiskrim or buat chocolate fondue or biskut, my oh my.. nak kene cari resepi ni..

Cik Lah berkata...

cari..nnt ajar auntie..heheh