Pada cuti Chinese New Year baru-baru ni, Cik Lah sekeluarga balik kampung di Kedah. Seperti biasa bila balik kampung, Cik Sham sure ajak merayap ke tempat-tempat yang kitarang tak pernah pergi.
Kononnya nak pergi ke Tasik Pedu...Cik Lah walaupun orang Kedah..Tasik Pedu pun tak pernah sampai. Dan alangkah malangnya....Tasik Pedu dah ditutup...heheheh. Sejak bila? Tak tahu la pula.. Itupun Cik Lah tahu hanya selepas 'tersinggah' di Ladang Anggur Tasik Beris.




Ladang anggur ni terletak 10km dari Pekan Sik dan seluas 34 ekar. Pokok anggur di tanam menjalar di atas pagola, bukan yang macam kita lihat dalam filem A walk in a cloud...


Teringat pada kekawan Cik Lah masa kat UK dulu; time cuti panjang depa pi cari kerja. Ada yang kerja petik anggur kat ladang...dan lepas tu komplen sakit belakang sebab nak kena tunduk masa petik anggur. Sebab kat sana ditanam kat tanah dan dipacak kayu biar pokok menjalar menegak.


Sedap anggur kat sini..makan yang fresh dari ladang. Buahnya pula tak berbiji. Untuk masuk ke ladang dikenakan bayaran. Pengunjung dilarang memetik anggur. Kalau nak makan kena beli la...mana ada benda free. Masuk toilet pun kena bayar pa..tapi kat sini masuk toilet free (apa la Cik Lah meraban ni...). Cik Lah rasa berbaloi beli anggur kat sini sebab fresh dan tak dibasuh oleh air bercampur chemical (untuk tahan lama).


Bestkan tengok gambar-gambar ladang ni. Rasa menyesal beli buah sikit hari tu. Tak sempat sampai rumah buah dah habis..nasib baik yang beli untuk Tuk dah diasingkan. Itupun sampai rumah cucu-cucu Tuk juga yang makan...entah berapa biji gamaknya Tuk dan Tuk Wan korang dapat makan..

p/s - ada facebook rupanya. Cuba korang cari - Tasik Beris Fan Page.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan