26 Mei 2009

Bangkok 2009

Cik Lah baru balik dari bercuti..Cik Lah pergi Bangkok, Cik Sham ada meeting (tapi Cik Sham perfi dulu, hari Isnin)..so Cik Lah ikut lah..sbb cuma keluarkan tambang untuk Cik Lah je...Cik Lah pergi hari Khamis petang dan balik hari Ahad malam..

21hb Mei 2009 Khamis

Sebenarnye CikLah ni takut naik flight..hehehe..tapi kali ni alhamdulillah..elok je kapal terbang tu terbang..Sepanjang perjalanan CikLah pakai mask-tutup hidung. Kan la ni wabak selsema 'tut'. Sampai kat Airport, Cik Sham jemput dan malam tu tidur kat Ranggit 2 Apartment. Malam tu cuma makan roti dan serunding yang Cik Lah bawa..kat situ susah sikit nak cari gerai/kedai Islam.


22hb Mei 2009 Jumaat

Pagi pukul 5 dah bangun. Kat sana pukul 6 dah terang benderang.. Kedai dan gerai banyak dah di buka waktu tu. So selepas sarapan roti dan serunding, kitarang jalan-jalan kat Morning Market, lepak kat depan shoppingkompleks (lupa nama lak) dan taman.. Cik Lah urut kaki to 'kill the time'. Masa nak balik ke apartment, ternampak satu gerai Islam, so kitarang beli 2 bunkus nasi putih dan sup ekor- for lunch later. Pukul 9.45 pagi balik Apartment dan check-out.Dari Ranggit kitarang naik teksi menuju ke Bangkok. Lebih kurang dalam 45 minit.. Sebenarnya Bangkok lebih advance dan maju dari Malaysia..Pembinaan bangunan, jalanraya semuanya lebih maju.. dan Malaysia telah 'mencedok' design beberapa bangunan dari Bangkok, paling ketara Siam Paragon, Thailand dan Pavillion Malaysia.. Sampai Bangkok driver teksi bawa kitarang cari hotel.. Mula-mula dia bawa ke Hotel mahal, 1 malam 7000B bersamaan Rm700..Hehehhe..mana lah mampu. Yang Ranggit Apartment tu lain cerite, client Cik Sham bayarkan. Lepas tu Cik Sham suruh driver tu cari budget hotel..jumpalah Reno Hotel; 1200B (RM120) 1 malam. Ok..not bad..tengah2 kota Bangkok. Dekat dengan Skyline (macam LRT), Bangkok National Art Gallery dan MBK shopping complex (macam Bukit Bintang).Lepas check-in dan rehat dan makan nasi bungkus tadi..kitarang pergi naik bot kat Chao Phraya river....Sekali naik lebih kurang dalam 45 min, kena RM85 seorang. Oklah; sekali sekala...Lepas tu kitarang jalan2 kat kuil budha dan tengok2 barang kat situ. Semasa berjalan- jalan tu berkenalan dengan seorang lecturer universiti kat Bangkok. Kitarang sembang2 sambil berjalan..bertukar-tukar pandangan.. Lebih kurang dalam pukul 4 petang, kitarang balik hotel- naik tut-tut..rehat..mandi dan keluar semula. Haaa...Cik Sham dera Cik Lah jalan kaki sejauh 4km!!! Berbotol air minum..dahaga..pastu hujan lak..habis basah kasut baru..hehhe. Kitarang pergi ke Sukhumvit. Area macam Arab Corner..penuh ngan pak and mak arab. Ada jua terselit orang African kat situ..Di sini senang dapat makanan halal. Lepas makan jalan2 tengok barang..urut kaki dan balik hotel..tidur..








23hb Mei Sabtu
Bangun pagi...breakfast dan naik Skytrain ke morning market kat Chatuchak. Best giler shopping kat situ. Murah beb....baju yg kat KL harga dalam RM60..kat situ leh dapat dalam RM20 je..nyesal giler sebab bawa duit sikit je.. Kalau ku tahu..waaaaaaa. Anyway dapatlah juga 2 3 barang yang CikLah berkenan dan buah tangan untuk anak2 CikLah. Siap cari call bank kat Malaysia nak transfer duit...hehhe, malangnye sebab hari Sabtu, bank separuh hari..dan susah lak nak cari bank kat situ. Kalau tidak- borang sakan la kita. Barang- barang kat sini sebenarnye boleh dapat kat KL juga, cuma harga kat sini teramatlah murah. Lepas shopping, lapar la pula..maka berjalan lah cari kedai makanan Islam. Haa..jumpa lah satu Restaurant Islam- apalagi order tomyam, telur dadar dan sayur...2 pinggan CikLah makan. Heheheh...Owner restaurant tu Islam Pattani.. Lepas kekenyangan makan; kitarang nak balik hotel, tapi ternampak lak rumah Jim Thompson. So kitarang singgah lah dulu..tengok2. Jim Thompson ni adalah pengasah sutera thai. Semasa perang dunia ke 2, Jim Thompson telah hilang semasa bercuti di Cameron Highlands. Tapi mak ooii..mahal nye sutera dia...tak mampu le nak beli walau hati tersangat teringin. Kalau mampu rasanya tak mungkin CikLah beli..membazir la. Lepas tu balik hotel..tidur..rehat dan petang pergi ke Siam Paragon, Siam World (the biggest shopping complex; kat London pun takde camni) dan Suan Lum night market - tapi barang kat sini mahal. So tengok je lah...yang best dianye furniture, arts things and decorative items. Meroyan tengok. Penat jalan..cari tempat urut kaki..pendek kata jalan- urut kaki..pastu jalan..pastu urut kaki...heheh. Sebelum balik hotel, pergi Sukhumvit lagi..makan kebab.


Chatuchak Weekend Market


Jim Thompson House/Museum



Cental World, Siam Paragon and Tut-tut


Suan Lum Night Bazaar
24hb May 2009 Ahad

Lepas breakfast kitarang pergi semula ke Chatuchak morning market. Duit dah habis..ngam untuk makan tengah hari dan tambang teksi.. so kitarang just nengok-nengok je. Dalam kul 11 balik dah check-out pastu gi makan kat restaurant Farida. Lepas makan terus ke airport. Duit memang ngam2 je...heheh. Duit Malaysia ada la. Chik Sham flight awal pukul 4, so dia check in dulu..Cik Lah nye flight kul 5.30...tapi delay till 6.45. Ni yang maleh naik Air Asia ni..asyik delay je..

9.30 sampai KLIA... Home Sweet Home

Tiada ulasan: