23 April 2009

Tuk 3

Semasa Cik Lah bersalinkan Aneesa, Tuk sedih sangat sebab tak dapat jaga Cik Lah. Yelah kat UK sana, camna Tuk nak pergi. Tuk cakap...semua anak menantu dia dapat jaga..tapi sampai kat anak bongsu, dia tak dapat jaga. Bila dapat Luke dan Hannah..Tuk dapat datang...tapi Tuk dah tak daya nak mandikan diarang...

Tuk memang cerewet..ada saja yang tak kena di matanye....tapi bila Cik Lah teliti semula...itu memanglah adat. Dalam zaman yang serba moden ni, Tuk memang amat risaukan anak cucunya. Tambah2 lagi kita yang tinggal di KL ni. Bila ade saja berita yang ngeri ataupun tragic, seperti kes adik Nurin, ataupun kes mengaibkan seperti kes Norita...Cik lah cuba elakkan telephone kampung..hehhee. Nanti 'tebal' telinga dengar Tuk berhujah. Tuk memang alert dengan hal ehwal semasa. Tuk juga aktif dalam politik. Korang tak tahu ke..Tok pernah jadi AJK Pas kawasan Yan..Tuk paling gembira bila Dr Azizan menang dan jadi MB Kedah...Tapi sekarang kesihatan Tuk tak mengizinkan...

Dulu bila Tuk datang rumah, Cik Lah selalu bawa pergi Ikea. Tuk memang suka. Walaupun hanya melihat...sebab bila nak beli, dia cakap tak payah..buat menyemak rumah. Sebenarnya macam2 Cik Lah nak beli untuk Tuk dan untuk rumah Tuk..tapi Tuk tak bagi... Buat toilet baru pun dia bising...Terkadang Cik Lah tak tahan juga bila Tuk bising..tapi Pak Ndak cakap 'gembirakanlah mak selagi hayat mak ada..."

Cik Lah selalu pujuk Tuk dan Tok Wan tinggal dengan Cik Lah..tapi mana diarang nak tinggalkan Sungai Limau. itulah tempat diarang...Cik Lah takut Cik Lah tak dapat balas jasa diarang dengan menjaga Tuk dan Tok Wan..bila demam..bila sakit...

Kita tak tahu selama mana kita hidup..dan kita juga tak tahu selama mana orang kesayangan kita sentiasa di sisi...jadi cubalah menerima dan menyayangi mereka.


Buat anak2 Cik Lah dan anak2 buah Cik Lah- kenali Tuk dan Tok Wan..selami perasaan mereka...gembirakan hati mereka...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hemm...fika rasa lega-bsyukur-beruntung sgt sbb tok dapat jaga fika masa pantang..wlaupun kejap je,tapi takpe...dapat jugak merasa tok n mak jaga fika n baby hassan masa tgh pantang...n yang paling penting, tok dapat kenal cicit pertama dia..mohd faruq hassan-alhamdulillah-