28 September 2009

Raya - Catatan 1

Cik Lah demam pada hari raya pertama. Pada malam raya Cik Lah tak boleh tidur; badan panas dan seram sejuk. Kulit gatal-gatal. Besoknya (pagi raya) bila bangun je, badan merah-merah…penuh dengan ruam.. badan panas dan pening kepala teramat sangat. Terus hilang mood nak raya. Itulah kali pertama dalam hidup demam di hari raya. Semua yang Cik Lah makan terasa pahit..hilang selera makan; sedangkan lapar teramat sangat.
Pagi raya kedua pun sama juga. Sepatutnya bertolak balik ke Kedah (dari Segamat); tapi terpaksa di batalkan sebab Cik Lah tak terdaya; badan lemah, gatal2 dan pening kepala. Pergi klinik; kena inject.. jadi malam tu dapatlah tidur..kalau idak sampai ke pagi lah tak tidur..Raya ke 3 baru bertolak balik Kedah..terpaksalah Cik Sham bawa kereta sorang2, co-pilot tak sihat…
Cik Lah rasa ada 3 kemungkinan Cik Lah demam…
1) Sebelum balik raya; hari Sabtu…semasa packing; Cik Lah membebel sebab banyak barang kena bawa balik. Barang yang di kirim kepada mak mertua Cik Lah.. Agaknya sebab tak ikhlas lah kut Cik Lah demam…hehhehe…mungkin….
2) Doktor cakap Cik Lah tersalah makan…hmmm; petang tu buka puasa Cik Lah makan sup tulang. Kalau daging tu tak elok; nape Cik Lah sorang je sakit?? Tak mungkin Cik Lah alah kepada daging…sebab selama ni pun Cik Lah makan daging..tapi apa yang menyebabkan badan Cik Lah gatal2?? Ngeri tengok kulit sendiri…..
3) Mungkin Cik lah kepenatan..sebab sebelum raya Cik Lah memang kerja cam nak gila. Macam zombie…Cik Lah tak cukup tidur, tak cukup rehat dan tak cukup makan…sebab bila kita letih selera makan hilang.. (tapi bagus gak …berat badan pun ikut kurang…hehhee)
Sampai hari ni…Isnin 28.09.09…badan Cik Lah still weak. Selera makan pun takde. Cik Sham malam tadi carikan vitamin. Selalunya bila balik kampong Cik Lah kuat makan..tapi kali ni walaupun lapar teramat sangat…sepinggan nasi pun susah nak habiskan…Hmmmm..mulai hari ni Cik Lah berjanji akan jaga kesihatan..kerja biarlah berpada-pada…

Tiada ulasan: