27 Februari 2011

Doaku....

Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.

Terima kasih ya Allah..
Untuk usia yang Engkau telah berikan
Untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan
Untuk setiap duagaan dan cobaan yang Engkau turunkan
Untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan
Sesungguhnya terlalu banyak yang Engkau berikan kepadaku
Tetapi...terlalu sedikit pengabdianku terhadap Mu ya Allah..

Ya allah...panjangkanlah usiaku
Agar lebih lama dapat ku mentaati Mu
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang
Moga akhirat kelak ku mengutip hasilnya
Ya Allah..tambahkanlah amalanku di saat bertambahnya usia ku
Rehatku adalah rantaian zikir
Rantai yang ku kalung pada leher ku
Sebagai tanda cinta ku pada Mu ya Allah..

Ya Allah..Engkau tidak mensia-siakan usaha ku
Mencari haruman syurga ciptaan Mu
Tempat rehat dan nikmat abadi

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku…
Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!..
Peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…

Terimalah pemohonan hamba-Mu yang sedang bermusafir di bumi-Mu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbil-Alamin.

26 Februari 2011

Lagu Burung Kakak Tua - Hannah dan Tok

Burung kakak tua
Hinggap di jendela
Nenek sudah tua
Giginya tinggal dua...

"Eh...gigi tok banyak ni..." Tok berkata sambil mengeluarkan giginya...
Hannah terkebil-kebil.....

*Mungkin cucu-cucu Tok tak pernah dengar Tok menyanyi...Cik Lah sekeluarga dah selalu dengar..tiap kali naik kereta ke mana-mana, Hannah akan menyanyi lagu-lagu rakyat dan Tok akan ikut sama....

14 Februari 2011

Ladang Anggur Tasik Beris



Pada cuti Chinese New Year baru-baru ni, Cik Lah sekeluarga balik kampung di Kedah. Seperti biasa bila balik kampung, Cik Sham sure ajak merayap ke tempat-tempat yang kitarang tak pernah pergi.
Kononnya nak pergi ke Tasik Pedu...Cik Lah walaupun orang Kedah..Tasik Pedu pun tak pernah sampai. Dan alangkah malangnya....Tasik Pedu dah ditutup...heheheh. Sejak bila? Tak tahu la pula.. Itupun Cik Lah tahu hanya selepas 'tersinggah' di Ladang Anggur Tasik Beris.

Dan sebenarnya Cik Lah pun tak tahu rupanya ada Ladang Anggur di Kedah. Tak pernah pula terbaca di mana- mana media. Adakah kurang promosi ataupun Cik Lah yang ketinggalan?? Macam tak caya ja ...di tengah-tengah kawasan yang panaih lit-lit tetiba ada ladang anggur!!! Lihatlah dunia...anak Melayu berjaya menjadi penanam anggur.... (bukan penganggur aaa...yang tu memang terbukti pun ramai anak Melayu berjaya..)

Ladang Anggur Tasik Beris dimiliki oleh anak Melayu Pulau Pinang; Encik Amiruddin Malik (Cik Lah interview pekerja....). So jangan harap korang leh beli wine kat sini. Yang ada dijual semestinya buah anggur, juice anggur, cordial anggur, kek dan sabun/shower cream yang berasaskan dari anggur. Terbaik dari ladang...



Ladang anggur ni terletak 10km dari Pekan Sik dan seluas 34 ekar. Pokok anggur di tanam menjalar di atas pagola, bukan yang macam kita lihat dalam filem A walk in a cloud...



Teringat pada kekawan Cik Lah masa kat UK dulu; time cuti panjang depa pi cari kerja. Ada yang kerja petik anggur kat ladang...dan lepas tu komplen sakit belakang sebab nak kena tunduk masa petik anggur. Sebab kat sana ditanam kat tanah dan dipacak kayu biar pokok menjalar menegak.



Sedap anggur kat sini..makan yang fresh dari ladang. Buahnya pula tak berbiji. Untuk masuk ke ladang dikenakan bayaran. Pengunjung dilarang memetik anggur. Kalau nak makan kena beli la...mana ada benda free. Masuk toilet pun kena bayar pa..tapi kat sini masuk toilet free (apa la Cik Lah meraban ni...). Cik Lah rasa berbaloi beli anggur kat sini sebab fresh dan tak dibasuh oleh air bercampur chemical (untuk tahan lama).



Bestkan tengok gambar-gambar ladang ni. Rasa menyesal beli buah sikit hari tu. Tak sempat sampai rumah buah dah habis..nasib baik yang beli untuk Tuk dah diasingkan. Itupun sampai rumah cucu-cucu Tuk juga yang makan...entah berapa biji gamaknya Tuk dan Tuk Wan korang dapat makan..

Insyaallah..bila balik Kedah lagi, Cik Lah akan melawat Ladang Anggur Tasik Beris. Kali ni nak bawa Tuk dan Tuk Wan pula.

p/s - ada facebook rupanya. Cuba korang cari - Tasik Beris Fan Page.

Art and Recycle - Part 4

Huh...lamanya Cik Lah tak update blog. Cik Lah busy la... Kali ni Cik Lah nak upload gambar je..maleh nak crita2 panjang2...

1) Pallet
a) Coffee Table


b) TV Cabinet


c) Shoe Rack

d) Bench



2) Guitar



3) Weight scale