26 Disember 2010

Boxing Day

Boxing Day?? Hehheheh...Cik Lah pernah kena 'tipu' sal Boxing Day ni. Masa tu Cik Lah baru stay kat London. Manalah Cik Lah tahu apa itu Boxing Day.

Sepanjang Cik Sham study kat UK, kitarang stay kat Blackhorse Road. School Cik Sham kat North London, Finsbury Road so kira dekatlah. Cuma Cik Lah nak ke Malaysian Hall kat Marble Arch jauh lah sikit..kena naik underground tube..almost 30 to 45mins.... The best part..Marble Arch just next to Oxford Street. The most happening shopping area...

Before Christmas Day, before or after office hour memang Cik Lah suka merayap kat Oxford Street. Design window display time tu memang marvelous. Display merchandise and advertisement memang superb. Cuma tak tahan time tu weather je lah...sejuk gedi...

So the first Christmas kat sana...member2 sibuk bercerita sal Boxing Day..sibuk dok susun shop mana depa nak attack. Siap ada yang apply cuti dan minta Cik Lah replace. Cik Lah ok je... Balik rumah Cik Lah tanya Cik Sham..
"Yang..boxing day tu apa?".. "
"Ehhh...you jangan terlibat...jangan pergi..bahaya Boxing Day tu..dah la you tu kecik..Kang kena lanyak dengan mat salleh or 'gagak'..." dengan muka serius Cik Sham jawab..
"Kenapa lak?"
"Kan nama dia boxing...so kalau you masuk shop mana2 sure you kena boxing. Diarang attack sesapa yang masuk kedai."
Hmmm..oklah. Maka Cik Lah si isteri yang baik ni dengarlah cakap si suami.

Besoknya Cik Lah pergi office seperti biasa. Dalam tube orang ramai dari hari biasa. Cik Lah perhatikan kat tube station and Oxford Street agak sesak. Sampai ja kat office, Pak Syed tanya..
"Apasal you tak ikut Mas, Penny and Zai gi shopping? Hari ni kan sale gila sakan.. Boleh beli baju-baju untuk baby."
"Pak Syed, boxing day tu apa??"
"Boxing day tu hari jualan runtuh kat sini..ada barang sampai 70% discount. Bukan macam sale kat Malaysia. Kat sana kalau sale, selalunya diarang keluarkan barang just untuk sale. No quality.."
Dalam hati Cik Lah berkata..."Hmmm...bertuah nya husband...mati2 kena tipu ni..."

Lunch time..Si Mas datang dengan lengang- lenggoknya.. " Ko tengok ni.. I dah lama aim baju ni kat Harrods. Hari ni dapat I beli. Ni pula boot I beli kat Mark and Spencer. " Bla..bla....bla....
Waaaa....Cik Lah ada aim baju kat Baby Gap store...
Maka terlepas lah Cik Lah first day of Boxing Day.






Apa itu Boxing Day?
A first weekday after Christmas. The day to open the Cristmas box to share the contents with the poor. A public holiday in Britain.
Tapi sekarang Boxing Day dah jadi hari sale gila sakan...hehhehehe.