24 Mac 2010

Tahlil..adab...pakaian...

Hari Sabtu lepas Cik Lah pergi Kenduri Kesyukuran/Tahlil. Walaupun Cik Lah sebenarnya ada programme lain, tapi mengenangkan dah 2 kali Cik Lah terlepas/terlupa setiap kali ada kenduri di rumah kawan baik Cik Lah merangkap keluarga angkat Cik Lah; maka kali ni Cik Lah pergi juga walaupun kepenatan selepas bergegas balik dari Shah Alam (Cik Lah cuba menggunakan bahasa surat....heheheh).

Cik Lah sebenarnya amat ralat sebab selepas berkahwin, hubungan Cik Lah dengan keluarga angkat ini agak renggang dan Cik Lah jarang melawat mereka. Sedangkan bukannya jauh sangat dari rumah Cik Lah. Jangan kata nak menjenguk, nak menelephone (errr..ada ke perkataan ni dalam Bahasa Malaysia baku??) pun amat susah. Memang teruk betul Cik Lah ni....

Berbalik kepada perihal kenduri; semasa di sana Cik Lah telah bertemu ibu-ibu saudara (angkat) yang hampir 13 tahun tak berjumpa. Perkataan pertama mereka..."Amboi...sihat ya amat...". Hehehehhe..mereka semua tak berubah, muka, bentuk badan dan ramah masih seperti dulu. Cuma Cik Lah yang dah berubah. Maka bermulalah sessi soal jawab..... Berapa orang anak, umur berapa, tinggal kat mana......sekian...dan sekian... "Amboiiii...bukannya duduk jauh pun..dekat ja..apasal tak pernah jumpa??" Hheheheh...kena lagi....
Tengah-tengah rancak bersembang.. Mak Ngah mencubit Cik Lah.. "Pantang betul aku nengok ni! Dah tahu kenduri tahlil; nak baca Yassin; apasal ada yang datang pakai jeans, baju ketat... Yang pakai tudung pun sama; yang tak pakai tudung siap tayang rambut blonde..." Sakit kena cubit walaupun bukan salah Cik Lah. Cik Lah pakai jubah dan tudung hitam.

Sememangnya betul apa yang Mak Ngah cakap. Amat tak sesuai memakai jeans, t-shirt, blouse dan tidak bertudung; apatah lagi di majlis Tahlil. "Mungkin dia orang dari pejabat, Mak Ngah. Jadi tak sempat balik tukar baju." Cik Lah cuba meredakan kemarahan Mak Ngah. Cik Lah tahu kalau dilayan pasti panjang lagi leteran/bebelan Mak Ngah. Nasib baik Mak Busu duduk jauh...kalau tidak lagi rancak.

Cik Lah perhatikan di majlis-majlis perkahwinan sekarang ada jemputan datang dengan berpakaian yang amat tidak sesuai dengan majlis. Alangkah manisnya andai yang perempuan memakai baju kurung, kebaya ataupun jubah. Lagi manis dipakai dengan selendang (kepada yang tidak bertudung). Dan yang lelaki memakai baju batik ataupun kemeja polos. Jika menghadiri jamuan harijadi kita boleh pula mengikut tema yang ditetapkan. Ataupun tika menonton teater di Istana Budaya kita boleh mengikut etika berpakaian, apasalahnya jika ke kenduri kendara kita ikut etika yang sama. Apakah patut dicatatkan etika berpakaian di kad undangan? Kalau dikampung undangan yang datang semua boleh berpakaian sopan, cantik, kemas dan bersesuaian dengan majlis; kenapa di bandar bagi golongan yang kononnya terpelajar tidak tahu etika berpakaian?? Adakah kita terlalu moden? Adakah kita sudah lupa adab dan tata susila?? Mungkinkah kita sudah lupa siapa diri kita ataupun sudah hilang jati diri......

Dan mungkinkah pada masa hadapan...di dalam majlis Tahlil; bacaan surah Yassin hanya berkumandang dari radio ataupun 'CD Player'...... Naa'uzibbillah...

22 Mac 2010

You're Special...

A well known speaker started off his seminar by holding up a $20 bill. In the room of 200, he asked. "Who would like this $20 bill?"Hands started going up. He said, "I am going to give this $20 to one of you - but first, let me do this."He proceeded to crumple the 20 dollar note up. He then asked. "Who still wants it?" Still the hands were up in the air."Well," he replied, "what if I do this?" He dropped it on theground and started to grind it into the floor with his shoe. He picked it up, now crumpled and dirty. "Now, who still wants it?"Still the hands went into the air."My friends, you have all learned a very valuable lesson. Nomatter what I did to the money, you still wanted it because it did not decrease in value. It was still worth $20.Many times in our lives, we are dropped, crumpled, and ground into the dirt by the decisions we make and the circumstances that come our way. We feel as though we are worthless; but no matter what happened or what will happen, you will never lose your value.Dirty or clean, crumpled or finely creased, you are stillpriceless to those who love you. The worth of our lives comes, not in what we do or who we know, but by ...WHO WE ARE.You are special - don't ever forget it."

19 Mac 2010

Resepi Asam Pedas Keladi




Hari ini Cik Lah nak kongsi resepi Asam Pedas Keladi. Masakan ini memang kesukaan Cik Lah. Emak Cik Lah selalu masak sayur Keladi dan di makan dengan Nasi Ulam....perghhh...berpinggan-pinggan lah Cik Lah makan nasi.

Resepi Sayur Keladi
Bahan A
- Sayur Keladi (beli ja 1 ikat kat Tesco; dlm RM2 )
* disiang kulit dan direbus. Masukkan asam keping semasa merebus. Kulit Keladi dibuang supaya tak gatal anak tekak..
- Ikan kembung dalam 2 atau 3 ekor - direbus.
* selepas rebus tumbuk isi ikan. Air rebusan ikan akan digunakan untuk memasak nanti
- Serai 1 batang - diketuk (jangan ditampar atau pun dipukul pula...hehehhehe)
- Daun Kesum dalam 1 ikat (jangan salah ambil daun Ketum la.. Kang lalok habis sesiapa yang makan)
- Asam keping - 1 keping

Bahan B
- Cili kering 6 biji (rendam dlm air panas supaya senang lumat bila ditumbuk)
- Lada hitam 8 biji (agak2 la kalau nak rasa pedas tambah la lagi)
- Belacan yg dah digoreng (sebesar ibu jari mak budak - kalau ibu jari baby or anak; kecik la jawabnya. Cik Lah guna belacan yg diimport dari Alor Ibus, Kedah)
- Bawang merah kecil dlm 3 ulas
* Semua bahan B ditumbuk halus. Nak tumbuk pun ada caranya; bukan main tumbuk ja. Mula-mula tumbuk cili kering dan lada hitam, dah lumat baru masuk belacan. Selepas itu baru masukkan bawang. Haaaa...ni pesan emak Cik Lah..memasak mesti tertib..

Cara-cara memasak
Masukkan semua bahan B (yang sudah ditumbuk lumat) ke dalam air rebusan ikan. Boleh ditambah air jika air rebusan sikit. Bila mendidih masukkan isi ikan, serai dan daun kesum. Didihkan. Bila semua bahan dah sebati dan kuah dah mendidih baru masukkan sayur Keladi yang dah direbus dan bolehlah diangkat dan hidang. Jangan lupa pula letak garam..nanti cakap Cik Lah tak letak dalam resepi... Rasa....kalau sedap bagitau la Cik Lah...kalau tak sedap..cuba la masak lagi...

Selamat mencuba....

11 Mac 2010

Exam and result

Dah lama Cik Lah tak tulis.. Sejak dari hujung tahun sampai sekarang Cik Lah amat lah sibuk. Tak sempat nak rehat; rancangan nak bercuti dah beberapa kali terpaksa di batalkan. Semasa cuti Chinese New Year, rancangan balik kampung almost cancel; tapi mengenangkan dah promise nak balik..so balik lah juga. Itupun Cik Lah bawa balik kerja; selepas sembahyang subuh, kat meja makan dapur terus buat kerja...

Hmmm..kali ni Cik Lah nak 'bercakap' bab exam dan result. Hari ini result SPM diumumkan; anak-anak buah Cik Lah tak ada yang ambil SPM tahun lepas; yang ada PMR. Tahniah kepada Along aka Mohd. Irfan Fahmi yang mendapat result cemerlang dalam PMR. Kepada Adam pula, walaupun tak secermerlang Along; janganlah putus asa. Itu bukan penentu masa depan; ianya hanya satu pemangkin....

Biras Cik Lah; Encik Tarmizi pernah berhujjah; keputusan peperiksaan seseorang itu bukanlah yang akan menentukan siapa kita kelak. Prof. Tarmizi (errr..nama sama gak- husband cousin Cik Lah....) pun bercakap benda yang sama; walaupun kita belajar tinggi tapi tidak diamalkan ianya tak akan berguna. Sebab tu Prof. Tarmizi tak pernah memaksa anak-anak dia membaca buku...heheheh..


Pada Cik Lah semuanya terletak pada diri kita sendiri. Kita yang menentukan masa depan kita. Andainya kita gagal dalam exam..macam Aneesa selalu cakap bila dapat result exam teruk; it's not the end of the world. Sentiasa ada cara dan jalan untuk kita berjaya. Mungkin soal membaca, menghafal dan menjawab soalan itu bukan kepandaian kita; tapi mungkin bila kita lakukan apa yang di ajar kita boleh berjaya. Apa- apapun lagi baik andaikata teori dan practical seiring..

Untuk anak-anak buah Cik Lah yang akan mengambil UPSR, PMR dan SPM tahun ini...masa belajar kita belajar..masa main kita main..masa makan kita makan.....