26 Mei 2009

Bangkok 2009

Cik Lah baru balik dari bercuti..Cik Lah pergi Bangkok, Cik Sham ada meeting (tapi Cik Sham perfi dulu, hari Isnin)..so Cik Lah ikut lah..sbb cuma keluarkan tambang untuk Cik Lah je...Cik Lah pergi hari Khamis petang dan balik hari Ahad malam..

21hb Mei 2009 Khamis

Sebenarnye CikLah ni takut naik flight..hehehe..tapi kali ni alhamdulillah..elok je kapal terbang tu terbang..Sepanjang perjalanan CikLah pakai mask-tutup hidung. Kan la ni wabak selsema 'tut'. Sampai kat Airport, Cik Sham jemput dan malam tu tidur kat Ranggit 2 Apartment. Malam tu cuma makan roti dan serunding yang Cik Lah bawa..kat situ susah sikit nak cari gerai/kedai Islam.


22hb Mei 2009 Jumaat

Pagi pukul 5 dah bangun. Kat sana pukul 6 dah terang benderang.. Kedai dan gerai banyak dah di buka waktu tu. So selepas sarapan roti dan serunding, kitarang jalan-jalan kat Morning Market, lepak kat depan shoppingkompleks (lupa nama lak) dan taman.. Cik Lah urut kaki to 'kill the time'. Masa nak balik ke apartment, ternampak satu gerai Islam, so kitarang beli 2 bunkus nasi putih dan sup ekor- for lunch later. Pukul 9.45 pagi balik Apartment dan check-out.Dari Ranggit kitarang naik teksi menuju ke Bangkok. Lebih kurang dalam 45 minit.. Sebenarnya Bangkok lebih advance dan maju dari Malaysia..Pembinaan bangunan, jalanraya semuanya lebih maju.. dan Malaysia telah 'mencedok' design beberapa bangunan dari Bangkok, paling ketara Siam Paragon, Thailand dan Pavillion Malaysia.. Sampai Bangkok driver teksi bawa kitarang cari hotel.. Mula-mula dia bawa ke Hotel mahal, 1 malam 7000B bersamaan Rm700..Hehehhe..mana lah mampu. Yang Ranggit Apartment tu lain cerite, client Cik Sham bayarkan. Lepas tu Cik Sham suruh driver tu cari budget hotel..jumpalah Reno Hotel; 1200B (RM120) 1 malam. Ok..not bad..tengah2 kota Bangkok. Dekat dengan Skyline (macam LRT), Bangkok National Art Gallery dan MBK shopping complex (macam Bukit Bintang).Lepas check-in dan rehat dan makan nasi bungkus tadi..kitarang pergi naik bot kat Chao Phraya river....Sekali naik lebih kurang dalam 45 min, kena RM85 seorang. Oklah; sekali sekala...Lepas tu kitarang jalan2 kat kuil budha dan tengok2 barang kat situ. Semasa berjalan- jalan tu berkenalan dengan seorang lecturer universiti kat Bangkok. Kitarang sembang2 sambil berjalan..bertukar-tukar pandangan.. Lebih kurang dalam pukul 4 petang, kitarang balik hotel- naik tut-tut..rehat..mandi dan keluar semula. Haaa...Cik Sham dera Cik Lah jalan kaki sejauh 4km!!! Berbotol air minum..dahaga..pastu hujan lak..habis basah kasut baru..hehhe. Kitarang pergi ke Sukhumvit. Area macam Arab Corner..penuh ngan pak and mak arab. Ada jua terselit orang African kat situ..Di sini senang dapat makanan halal. Lepas makan jalan2 tengok barang..urut kaki dan balik hotel..tidur..








23hb Mei Sabtu
Bangun pagi...breakfast dan naik Skytrain ke morning market kat Chatuchak. Best giler shopping kat situ. Murah beb....baju yg kat KL harga dalam RM60..kat situ leh dapat dalam RM20 je..nyesal giler sebab bawa duit sikit je.. Kalau ku tahu..waaaaaaa. Anyway dapatlah juga 2 3 barang yang CikLah berkenan dan buah tangan untuk anak2 CikLah. Siap cari call bank kat Malaysia nak transfer duit...hehhe, malangnye sebab hari Sabtu, bank separuh hari..dan susah lak nak cari bank kat situ. Kalau tidak- borang sakan la kita. Barang- barang kat sini sebenarnye boleh dapat kat KL juga, cuma harga kat sini teramatlah murah. Lepas shopping, lapar la pula..maka berjalan lah cari kedai makanan Islam. Haa..jumpa lah satu Restaurant Islam- apalagi order tomyam, telur dadar dan sayur...2 pinggan CikLah makan. Heheheh...Owner restaurant tu Islam Pattani.. Lepas kekenyangan makan; kitarang nak balik hotel, tapi ternampak lak rumah Jim Thompson. So kitarang singgah lah dulu..tengok2. Jim Thompson ni adalah pengasah sutera thai. Semasa perang dunia ke 2, Jim Thompson telah hilang semasa bercuti di Cameron Highlands. Tapi mak ooii..mahal nye sutera dia...tak mampu le nak beli walau hati tersangat teringin. Kalau mampu rasanya tak mungkin CikLah beli..membazir la. Lepas tu balik hotel..tidur..rehat dan petang pergi ke Siam Paragon, Siam World (the biggest shopping complex; kat London pun takde camni) dan Suan Lum night market - tapi barang kat sini mahal. So tengok je lah...yang best dianye furniture, arts things and decorative items. Meroyan tengok. Penat jalan..cari tempat urut kaki..pendek kata jalan- urut kaki..pastu jalan..pastu urut kaki...heheh. Sebelum balik hotel, pergi Sukhumvit lagi..makan kebab.


Chatuchak Weekend Market


Jim Thompson House/Museum



Cental World, Siam Paragon and Tut-tut


Suan Lum Night Bazaar
24hb May 2009 Ahad

Lepas breakfast kitarang pergi semula ke Chatuchak morning market. Duit dah habis..ngam untuk makan tengah hari dan tambang teksi.. so kitarang just nengok-nengok je. Dalam kul 11 balik dah check-out pastu gi makan kat restaurant Farida. Lepas makan terus ke airport. Duit memang ngam2 je...heheh. Duit Malaysia ada la. Chik Sham flight awal pukul 4, so dia check in dulu..Cik Lah nye flight kul 5.30...tapi delay till 6.45. Ni yang maleh naik Air Asia ni..asyik delay je..

9.30 sampai KLIA... Home Sweet Home

19 Mei 2009

Hari Guru

Semalam Neesa dan Luke sambut Hari Guru kat sekolah. Malam sebelumnye sibuk cari hadiah dan balut hadiah.. Rasanye hari jadi Cik Lah pun diarang tak sesibuk tu..hehhe

Cik Lah ingat masa sekolah dulu-dulu..ada guru yang pilih kasih. Guru tu pula warden asrama...sengsaranya Cik Lah.. Almaklumlah; Cik Lah tergolong dalam golongan murid-murid yang tak lawa dan miskin..yang mana dalam golongan tu memanglah tak dapat perhatian dari warden asrama tu, walaupun pandai or aktif... Cikgu KT namanya.. Nasib baik Cik Lah baik dengan anak ketua warden, Cikgu Basir, dan Cikgu Basir juga guru BM. Jadi Cik Lah sentiasa dalam perhatian dan jagaan dia. Taklah rasa terpinggir.. Ada kekawan Cik Lah yang tak bernasib baik.. kasihan diarang; jadi mangsa pilih kasih Cikgu KT.. Cik Lah harap anak2 dan anak2 buah Cik Lah tak menempuhi apa yang di lalui Cik Lah dulu.. Pilih kasih ni memang tak elok di amalkan..lebih2 lagi oleh seorang guru..bayangkan perasaan anak2 murid yang lain...

Tapi Cik Lah juga bertuah, walaupun 'dibenci dan dipandang sebelah mata' oleh Cikgu KT, cikgu2 lain sentiasa bagi perhatian..macam Cikgu Basir, Cikgu Azizah Kasa, Cikgu Munirah, Cikgu Maryam dan Ustaz Sulaiman. Paling banyak bagi semangat Cikgu Basir. Dan Cikgu Munirah ...hehhe..cikgu yang paling baik hati..dah pilih kasih kat Cik Lah. Hehhehe..kekawan lak tak suka...tapi apa nak buatkan. Tapi sekurang-kurang nya Cikgu Munirah tak pinggirkan yang lain.. Paling best bila class lukisan..Cikgu Munirah akan ambil kertas Cikl Lah dan tolong lukiskan...hehhhee...bengkak murid lain..

18 Mei 2009

Layang-layang dan facebook

Hari ni..amatlah memenatkan.. Pagi lepas pergi pasar, buat kerja office sikit. Lepas masak dan makan tengah hari, sambung balik kerja sampailah pukul 5 petang. 5 petang pergi main layang2 kat Taman Metropolitan. Huh..punyalah ramai orang main layang2..dan ada yang hanya 'mampu' menarik tali je...Hehehe..layang2 tak naik. Angin kejap ada kejap takda.. Adik2 dari office Cik Sham pun joint sekali...tapi layang2 diarang tak naik...hehhe.

Cik Lah baru create facebook last week. La ni still dok 'study' lagi..tengah godek2.. Ni pun sebab adik2 kat office tu tolong buatkan...heheh. Yang best nye...Cik Lah dapat contact 2 orang kawan dari Sultanah Asma School (SAS 1983-1987). Tak sangka lak....nanti nak cari lagi kekawan yang lain. Hmmmm...ada guna juga facebook ni ya..

Oklah ...ni Cik Lah nak sambung balik kerja. La ni pukul 2 pagi- time ni aman buat kerja. Takde gangguan.. Esok petang ada site visit..and esok petang Cik Sham gi Thailand, hari Khamis Cik Lah pergi lak..honeymoon for the 3rd time....hehhee

15 Mei 2009

Kerja Cik Lah

Lama Cik Lah tak tulis..tak update blog. Cik Lah sibuk..ada job baru. Ramai yang tak faham Cik Lah kerja apa.. Cik Lah kerja as freelance interior designer. Buat masa sekarang Cik Lah attached dengan 2 company. Ada masa Cik Lah pergi office...tapi selalunya kerja dari rumah. Time kerja tak menentu..ada masa the whole week lepak je...

Cik Lah juga cari dan buat project sendiri, maksud nya cari client dan deal direct. Memang nampak macam senang je...tapi kekadang date line tak menentu. Ada kalanya pukul 4 pagi baru tidur, sebab Cik Lah prefer kerja waktu malam..siang tak tahan dengan godaan Hannah...asyik nak main ngan dia je...

Dulu Cik Lah full time dengan 1 big company, lepas bersalinkan Hannah Cik Lah malas nak kerja fulltime. Penat woo..tambah lak Cik Lah kat company tu kira senior...big responsibility. Masa mengandungkan Hannah; asyik marah orang je..tu yang Hannah garang tu...hehhee. Sejak resign dari full time; tak lah tention lagi...rasa lebih sihat mental and fizikal...